PENGENALAN
Sebelum British campur tangan di Tanah Melayu secara rasmi pada tahun
1874,British mengamalkan dasat campur tangan secara tidak formal, iaitu mereka
terlibat dalam hal ehwal politik tempatan. Sistem residen diperkenalkan di
Tanah Melayu pertama kalinya pada tahun 1874
bermula di Perak,berlanjutan ke negeri Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Sistem ini berlaku akibat termeterainya
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874[1].
Kuasa dan kedudukan sultan dapat dilihat mula tergugat disebabkan kuasa sultan
ke atas pentadbiran di peringkat negeri dan sebagainya diambil alih oleh
Residen British, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama islam dan adat
istiadat Melayu.Lantaran daripada pengambil alihan kuasa ini, tugas Residen
yang pada amnya menasihati dan bulan memerintah menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pemerintah tempatan terutamanya sultan dan pembesar-pembesar yang ada.Faktor muka
bumi dan kaya dengan hasil galian,kesuburan tanah serta kedudukan Tanah Melayu yang strategic, boleh member
kepentingan kepadanya iaitu dari segi ekonomi berikutan daripada revolusi
perindustrian iaitu yang berlaku di Negara asalnya.
Masalah yang berkaitan dengan
pertelingkahan dan permusuhan antara kongsi gelap, perebutan kuasa dan
sebagainya, juga merupakan satu perkara yang menarik minat British untuk
menguasai Tanah Melayu, keadaan ekonomi yang dikatakan semakin merosot juga menarik minat British untuk menguasai
Tanah Melayu.
Peranan dan tanggung jawab Residen
Politik dan Pentadbiran
Peranan dan tanggung jawab British dalam politik dan
pentadbiran di Tanah Melayu ialah dengan mengamalkan pentadbiran yang
berasaskan zaman Pra –Kolonial, peranan
dan tanggungjawab pembesar melayu dihadkan iaitu mereka hanya boleh
campurtangan dalam hal adat istiadat Melayu dan agama islam, pembesar tampatan
yang beperanan untuk membentuk pentadbiran dan sebagainya di Tanah Melayu, kini
disekat Residen British lantraran daripada peristiwa hak dan peranan orang
melayu mula tergugat, ini kerana saultan atau raja-raja melayu perlu mendapat
nasihat dan persetujuan Residen Britsh apabila hendak memula dan mengemukakan
sesuatu sesuatu persetujuan, Status ketertinggian kuasa pembesar tempatan di
pandang remeh oleh pihak British. Sistem pentadbiran di tanah melayu mula di
ubah kepada pentadbiran yang lebih moden dan berasaskan pentadbiran British,
kuasa atau power residen menjadi semakin luas. [2]
Hak memungut cukai sebagai contohnya hendaklah dikutip
oleh pegawai kerajaan negeri yang dikatakan bertujuan untuk mremperbaiki keadaan
keawangan, menjelaskan hutang-piutang negeri-negeri dan membayar gaji pegawai
kerajaan . Pegawai kerajaan juga dilantik untuk menjalankan tugas yang sebelum
ini dijalankan oleh pembesar melayu.Kuasa residen dapat dilihat melalui
beberapa perkara iaitu mentadbir urusan harian, seperti hal yang berkaitan
dengan tanah, perhutanan, keawangan, keamanan negeri dan memajukan negeri dan
pentadbiran awam. Dasar-dasar yang diperolehi di negeri-negeri melayu
dipengaruhi oleh residen British. Pentadbiran berasaskan Barat diperkenalkan
kepada pembesar-pembesar Melayu. Majlis mensyuarat negeri ditubuhkan bagi
member peluang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan tentang pentadbiran di
negert-negeri melayu, contohnya yang berkaitan
dengan peruntukan negeri dan memajukan negeri.Residen British juga
bertanggungjawab untuk melantik penjawat jawatan awam sebagai palaksana segala
keputusan yang telah diambil oleh majlis mensyuarat negeri untuk menjalankan
pendadbiran.
Penubuhan sebuah
Majlis Mensyuarat negeri diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli
untuk mengemukakan pelbagai pandangan yang berkaitan dengan ketidak puasan
masyarakat tempatan ke atas tugas Residen British.Penubuhan Pasukan Polis yang
terdiri daripada orang Punjap ditubuhan oleh Residen British Iaitu Hugh
Low.Kuasa residen juga dapat dilihat lebih luas
berdasarkan keluasan negeri. Contohnya kampug kepada daerah, dan daerah
kepada negeri, dan seterisnya kepada Majlis mensyuarat negeri-negeri.Terdapat pelbagai
tugas yang perlu di selaraskan oleh residen, iaitu sebagai contohnya Do atau
District Officer bertanggungjawab mengutip hasil cukai tanah, mengawasi
penghulu di setiap daerah, mengeluarkan lessen untuk memotong pokok dan
memungut hasil hutan, bertindak sebagai Syahbandar di kawasan pelabuhan,
menjaga sub-perbendaharaan daerah, dan menjadi hakim kepada kes sivil dan
jenayah dan terdapat beberapa hukuman yang dikenakan mengikut undang-undang
yang telah ditetapkan oleh pihak British yang
banyak menggunakan pendekatan daripada negeri sendiri.Hukum kanun yang
berkaitan dengan laut dan yang menderhaka juga di kenakan.Residen juga diberi
kepercayaan untuk melantik ketua kerani, Polis, Jurutera, majestret,renjer
hutan dan akauntan. Jawatan ini diisi oleh orang British pada amnya, dan dapat
dilihat masyarakat melayu di pingirkan .Masyarakat melayu tidak berpeluang untuk mempelajari
asas pekerjaan yang berkaitan dengan profesyen di kelas atasan.
Sektor Ekonomi
Ekonomi merupakan faktor yang penting bagi membangunkan
sesebuah pentadbiran, apatah lagi untuk memperluaskan pengaruhnya ke seluruh
empayar negeri-negeri Melayu. Kuasa residen termasuklah sebagai pelindung dan
penaung bangsa British dan bangsa Eropah yang lain yang banyak dikaitkan dengan
pengaruh perluasannya terhadap bidang perdagangan luas hingga ke seluruh
Eropah. Antara pembaharuan yang dibuat oleh pihak British ke atas negeri-negeri
melayu dengan mengubah system pungutan cukai. Semua cukai dikutip oleh pegawai
kerajaan negeri[3],
bertujuan untuk memperbaiki keadaan keawangan di negeri-negeri melayu yang
mengalami masalah keawangan dan mrelangsaikan hutang piutang dan membayar
gajai-gaji pegawai-pegawai termasuklan residen British. Elaun sara hidup akan
dibayar juga atas nama Sultan dan bukannya oleh Kerajaan British, sebagai
contohnya di Perak, matlamat utama dalam ekonomi adalah memajukan ekonomi
melalui eksploitasi sumber semulajadi
negeri-negeri melayu dan mewujudkan satu pentadbiran pu ngutan cukai yang lebih
teratar dan sistematik. Kewibawaan kuasa residen dilihat dalam menguruskan pencen
bagi pembesar-pembesar yang kehilangan hak memungut cukai.
Negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber , boleh
memajukan ekonomi berasaskan perlombongan yang mula diusahakan di negeri Perak,
Selangor dan seterusnya. Sebagai contohnya penemuan bijih timah di Perak adalah
di Larut, Taiping, kemunting dan sebagainya.Kaedah yang digunakan oleh pihak
British adalah melalui kaedah mendulang dan kapal korek. Kemasukan imigran Cina
ke Tanah Melayu, dapat melancarkan kerja-kerja mengusahakan perlombongan iaitu
orang cina di tempatkan di kawasan kawasan mendulang, lantaran daripada
peristiwa itu, msyarakat cina banyak di kawasan Bandar, ini disebabkan oleh
kawasan lombong bijih timah telah berkembang maju menjadi satu kawasan Bandar
yang dikenali.Perusahaan bijih timah juga diusahakan adalah berikutan revolusi
perindustrian yang berlaku pada ketika itu.
Selain daripada ekonomi yang berasaskan perlombongan,
ekonomi berasaskan tanaman iaitu penanaman getah. Tanaman getah yang dibawa
masuk ke Negara ini untuk diusahakan oleh orang india , mereka ditempatkan ke
kawasan ladang. Perusahaan getah juga di jalankan adalah bertujuan untuk
kepentingan pihak British semata-mata. Getah bmendapat permintaan yang tinggi
di Negara asal untuk mengusahakan sektor perindustrian lantaran daripada
kenaikan harga getah yang dilihat dapat member keuntungan yang banyak serta
boleh menaikkan taraf ekonominya. Penanaman kopi, dan lada hitam juga
diusahakan. [4]Kopi
dari Brazil
di bawa ke Tanah Melayu untuk diusahakan kerana tanaman tersebut amat sesuai
dengan iklim di Tanah Melayu yang panas dan lembab sepanjang tahun.Teh juga di
usahakan di lereng-lereng bukit terutamanya di kawasan larut dan Cemron
Highland.
Sektor perdagangan dapat dimajukan disebabkan
kebijaksanaan residen British dalam mentadbir negeri-negeri melayu. Hasil
perlombongan dari perak, Selangor dan negeri Sembilan dieksport ke luar Negara
melalui jalan laut, iaitu melalui Pelabuhan Klang, disebabkan revolusi
perindustrian daripada negara asal.Pembalakan sebagai
contohnya
yang berlaku di Pahang, sistem cukai yang diadakan adalah dengan mengadakan
lessen, iaitu sesiapa yang hendak memungut Hasil hutan atau atau hendak
menebang pokok, contohnya meranti, cengal,gaharu dan sebagainya perlu
mendapatkan lessen menebang pokok berkenaan.Hsail daripada bayaran lessen atau
cukai yang di kenakan perlu diserahkan kepada kerajaan negeri dank e peringkat
seterusnya.
Ekonomi Pahang pada amnya, dapat dilihat kuasa atau helah
daripada Kerajaan British untuk memonopoli Ekonomi berasaskan perlombongan emas
dan bijih timah yang banyak di negeri itu. Residen berperanan mengarahkan
pembantunya untuk memantau kawasan perlombongan yang di usahakan oleh Orang Siam , Melayu
dan Cina. Negeri Pahang yang luas yang kaya dengan hasil bumi menyebabkan negeri
itu terpaksa berhutang untuk meneruskan ekonominya.Negeri itu disarankan supaya
berhutang dengan kerajaan negeri Selangor.Residen yang berperanan mendapatkan
sumbangan keawangan daripada kerajaan negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan
dan Perak[5].Residen
juga berperanan sebagai pemangkin kepada permulaan ekonomi berasaskan kedai
runcit yang mula diperkenalkan oleh orang Cina yang datang ke negara ini untuk
terlibat dalam sektor perlombongan dan menyebabkan migrasi dari satu tempat ke
tempat yang lain.
Faktor Sosial
Daripada faktor sosial, dapat dilihat peranan dan
tanggungjawab residen adalah dengan menghapuskan amalan hamba abdi dalam
masyarakat melayu. Buktinya di Perak. Birch telah member perlindungan kepada
beberapa orang hamba berhutang yang telah melarikan diri ke rumahnya. Hamba
abdi dalam masyarakat melayu dapat diklasifikasikan sebagai seorang yang diberi
tugas penting seperti menjaga dusun, menjadi wakil penerima barang dagangan dan
menjadi pengawal peribadi.[6]
Pembaharuan yang juga dilakukan adalah contohnya di negeri Pahang contohnya,
yang pada ketika itu diperintah oleh J.P. Rodger. Masalah demi masalah
berlanjutan, beliau dengan beberapa orang tentera Sikh tidak di senangi oleh
Sultan Ahmad.pasulan polis di tubuhkan
yang terdiri daripada 50 polis Sikh dan 150 polis Melayu telah di
tubuhkan di Hulu Pahang.Penubuhan pasukan ini bertujuan untuk menjaga
keselamatan negeri. Penubuhan pasukan ini juga bertujuan untuk menjaga kawalan
ke atas negeri-negeri Melayu supaya menjadi lebih selamat, Sistem saman dan
denda dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan umum yang berkaitan
dengan hak asasi manusia. Balai Polis juga banyak di bina iaitu. Struktur
daripada pengkhususan pekerjaan mula di selaraskan dan mengikut sistem
pentadbiran yang berasaskan British iaitu dengan adanya pekerjaan seperti
kerani, polis,jurutera,majistret, renjer hutah dan akauntan.Perubahan sosial
masyarakat melayu juga dapat dilihat apabila sistem pendidikan barat mula
diperkenalkan, penubuhan sekolah-sekolah aliran Inggeris mula dibina, sebagai
contohnya sekolah Maxwell,MCKK atau Malay Colage Kuala Kangsar dan sebagainya.
Sekolah ini biasanya dapat menempatkan anak-anak pembesar tempatan disebabkan
oleh yuran yang dikenakan adalah tinggi yang tidak mampu dibayar oleh rakyat
kebiasaan.
Organisasi sosial juga dilihat
apabila sekolah melayu juga mengutamakan pembelajaran dalam aliran bahasa
inggeris. Pembrlajaran di sekolah sekolah melayu yang mengajar tentang
pertukangan, jahitan dan sebagainya, bertujuan untuk memahirkan mereka supaya
mahir apabila diberi pekerjaan .Residen juga dilihat sebagai seorang yang
berperanan mengurangkan pergaduhan dalam kalangan keluarga atau kerabat diraja,
iaitu dengan perlindungan yang di berikan oleh pihak British.
Pembaharuan dalam Infrastruktur
Pembaharuan daripada Infrastruktur, adalah yang berkaitan
dengan kelangsungan sistem ekonomi berasaskan pertanian, sebagai contohnya,
daripada iniasiatif Residen, pembinaan Landasan Kereta api dari Taiping ke Port
Weld dibina pada tahun 1885 yang boleh memudahkan hasil pertanian dan perlombongan diangkut ke
pelabuhan dan menjimatkan masa perjalanan[7].
Perkembangan penubuhan sistem jaringan
jalan raya yang lebih tersusun dan teratur, Contoh lain yang dapat dilihat
kemajuan dalam perdagangan adalah dengan adanya pelabuhan yang dikenali iaitu
pelabuhan Pulau Pinang dan pelabuhan klang
yang menjadi pusat perdangan dan membolehkan kapal-kapal berlabuh yang boleh
melancarkan aktiviti eksport dan import. Pulau Pinang juga dijadikan Pangkalan
tentera dan pusat untuk membekalkan makanan kepada pihak British.
Prembinaan jalan raya, parit serta
longkang di bina. Pembinaan balai polis yang menempatkan pekerja tempatan dan
sikh, Selepas pembinaan kawasan landasan kereta api, juga dapat dilihat sistem
telepon diperkenalkan di kawasan lading, bagi memudah maklumat atau maklum
balas diterima dengan begitu cepat.
Kesimpulannya
Pennjajahan British ke tanah melayu
dapat memperlihatkan pengenalan kepada
sistem residen di Tanah Melayu yang pertamanya di perkenalkan di Perak pada
tahun 1874. Daripadda peristiwa ini dapat dilihat kuasa penbesat-pembesar
tempatan seperti sultan diambil alih oleh residen, kecuali perkara- perkara
yamg berkaitan dengan adapt istiadat melayu dan agama islam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteciri ciri sistem residen ?
ReplyDeletemenasihati sultan dalam hal pentadbiran
DeleteAYO
ReplyDeleteTHANKYOUU
ReplyDeleteBODOH LAH SEJARAH STRESS SIAL BUAT ORANG NAK GIVE UP SEKOLAH CARI JAWAPAN TAK JUMPA!
ReplyDeletebetul
DeleteBENCI SEJARAH 😄
DeleteApa tanggungjawab penasihat british
ReplyDeleteOk ty!
ReplyDelete