Thursday 26 December 2013

Konvensyen Geneva 1958 dan LOST 1982.



Huraikan perbezaan Hak dan Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Pelantar Benua masing-masing di bawah Konvensyen Geneva 1958 dan LOST 1982.
Adakah pelajar berpendapat Rejim Pelantar Benua di bawah LOST 1982 adil terhadap negara tepi pantai atau negara lain.

PENGENALAN.

Undang-undang  berkaitan Rejim Pelantar Benua  bermula daripada Proklamasi Presiden Amerika Syarikat ( Henry S. Truman) yang dikeluarkan pada 28 September 1945. Dalam Proklamasi tersebut beliau mencadangkan kekayaan mineral dasar laut (seabed ) dan tanah di bawahnya (subsoil) yang bersempadan dengan pantai Amerika Syarikat  adalah untuk kepentingan rakyat dan bangsa Amerika Syarikat.
Tindakan kerajaan Amerika Syarikat berkaitan pelantar benua (Continental Shelf) ini didasarkan atas pendapat ahli-ahli geologi bahawa bahagian-bahagian tertentu dalam plantar benua di luar batas 3 batu mengandungi endapan-endapan minyak bumi yang sangat berharga yang membolehkan untuk pengeksploitasian secara teratur suatu kawasan di bawah permukaan laut (submarine area).
Tindakan ini tidak mendapat tentangan malah ia menjadi ikutan negara-negara Amerika Latin (Chile, Equador, dan Peru)  apabila dalam Deklarasi Santiago 18 Ogos 1952 – ketiga-tiga Negara tersebut mendakwa kawasan lautan beserta dasar laut dan tanah di bawahnya dalam lingkungan 200 batu nautika dari pantainya berada di bawah wilayah kedaulatannya.
Pada tahun 1958 isu berkaitan pelantar benua kembali disuarakan dalam Konvensyen Geneva 1958 yang diadakan oleh International Law Commission yang dibentuk oleh PBB. Konvensyen ini dihadiri oleh 700 Delagasi dari 86 buah negara.
Seterusnya LOST 1982 ataupun UNCLOS III   diwujudkan sebagai penambahbaikan terhadap konvensyen sebelum ini yang dilihat masih tidak dapat menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan Plantar Benua.




PELANTAR BENUA (CONTINENTAL SHELF)
KONVENSYEN GENEVA 1958
LOST 1982

Definisi : Pelantar Benua adalah dasar aut dan tanah dibawahnya yang bersambung dengan negara tepi pantai tetapi berada diluar laut kewilayahan. Aktiviti eksploitasi dan eksploirasi sumber  keatas plantar benua adalah sehingga kedalaman 200 meter atau lebih (Pasal 1)

Berdasarkan pasal 1 diatas penentuan palantar benua menunjukkan adanya ‘ketidak pastian’ .


Definisi : Pelantar Benua  negara tepi pantai meliputi  dasar laut dan tanah dibawahnya yang terletak diluar laut kewilayahannya sehingga 200 batu nautika yang di ukur dari garis dasar . (Pasal 76(1) )

Plantar Benua negara tepi pantai tidak boleh melebihi batas-batas yang telah ditentukan dalam ayat 4 hingga 6 )Pasal 76(2) )

Dalam LOST 1982 batas luar pelantar benua sudah cukup tegas dan jelas. Telah wujud kepastian undang-undang tentang sejauhmana sesebuah negara memiliki hak  eksklusif keatas sumber daya alam di pelantar benuanya.

Hak Negara Tepi Pantai Keatas Plantar Benua.


Kedaulatan negara tepi pantai, selain wilayah daratan dan perairan dalamannya, dan dalam hal suatu Negara kepulauan dengan perairan kepulauannya, meliputi  suatu jalur laut  yang berbatasan dengannya yang dinamakan laut kewilayahan. Pasal 2(1)

Kedaulatan ini meliputi ruang udara di atas laut serta dasar laut dan lapisan tanah dibawahnya. Pasal 2(2)

Kedaulatan keatas laut kewilayahan dilaksanakan dengan cara mematuhi  Konvensyen ini  dan  peraturan-peraturan  lain yang terdapat dalam undang-undang antarabangsa. Pasal 2(3)


Hak Negara Tepi Pantai Keatas Pelantar Benua.


Negara tepi pantai mempunyai hak berdaulat keatas pelantar benunya untuk tujuan eksplorasi dan ekploitasi sumber kekayaan alamnya. Pasal 77 (1).

Hak yang tersebut dalam ayat 1 di atas adalah eksklusif , iaitu apabila Negara tepi pantai tidak mengekplorasi plantar benua atau mengekploitasi sumber kekayaan alamnya, tiada seorangpun dapat melakukan kegiatan itu tanpa persetujuan tegas Negara tepi  pantai. Pasal 77(2)

Hak negara tepi pantai keatas plantar benuanya tidak bergantung kepada  pendudukan, sama ada secara efektif atau tidak. Pasal77 (3)

Negara tepi pantai mempunyai hak eksklusif untuk mengizinkan dan mengatur aktiviti penggerudian dikawasan plantar benua untuk pelbagai keperluan. (Pasal 81).



Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Plantar Benua:


Konvensyen ini tidak menentukan batas yang pasti berkaitan dengan plantar benua

Ketentuan yang sama  dalam Pasal 4 konvensyen  ini dimana negara tepi pantai tidak diizinkan menghalang peletakan atau pemasangan kabel atau paip di pelantar benua














Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Plantar Benua:


Negara tepi pantai harus menetapkan batasn luar pelantar benuanya (Pasal 76 (8)).

Negara pantai harus menghantar  peta-peta dan keterangan yang relevan  berkaitan pelantar benuanya kepada  PBB, yang secara tetap menggambarkan batas luar pelantar benuanya (Pasal 76 (9) dan Pasal 84 (1) dan (2)).

Negara pantai tidak boleh menghalang pemasangan  kabel atau paip. (Pasal 79 (2)).

Kewajiban untuk melakukan pembayaran atau sumbangan.
Dikuatkuasakan apabila negara tepi pantai mengeksploitasi sumber kekayaan alam (minyak) dari  pelantar benua di luar 200 batu nautika dikira dari garis pangkal. (Pasal 82 (1)) dan ayat (4)

Kewajiban untuk menetapkan batas pelantar benua.

Kewajiban ini timbul ketika pantai dari suatu Negara berhadapan atau berdampingan dengan pantai Negara lain. 

Bagi negara-negara yang pelantar benuanya berhadapan atau berdampingan, penetapan garis batas pelantar benuanya  hendaklah ditetapkan dengan persetujuan undang-undang antarabangsa sebagaimana yang terdapat dalam pasal38 Statut Mahkamah Antarabangsa untuk mencapai suatu penyelesaian yang adil.

Untuk mencapai keadilan ini Konvensyen menetapkan garis batas tersebut harus berdasarkan pasal 38 Statut Mahkamah Antarabangsa, yang secara umum diakui sebagai sumber undang-undang antarabangsa.

Kewajiban untuk mencegah, mengurangkan dan mengawal pencemaran alam sekitar laut.
Pencemaran alam sekitar laut yang disebabkan oleh kegiatan di pelantar benua boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti kebocoran paip, dan perlanggaran antara kapal-kapal serta pemasangan-pemasangan pengeboran di pelantar benua.. 

Sehubungan dengan hal  tersebut, negara pantai bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan untuk mengurangkan terjadinya pencemaran dalam lingkungan laut sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Pasal 194 Konvensyen Undang-undang Laut 1982.




Adakah pelajar berpendapat Rejim Pelantar Benua di bawah LOST 1982 adil terhadap negara tepi pantai atau negara lain.
·     
        Adil Kerana – Pasal 82 (UNCLOS III) mewajibkan sesebuah negara untuk melakukan pembayaran dan sumbangan kepada negara-negara lain sekiranya mengeksploitasi sumber kekayaan  di luar 200 batu nautika yang dikira dari garis pangkal.
·         Pasal 76 (9) - Negara pantai harus menghantar peta-peta dan keterangan yang relevan termasuk data geografi  yang secara tetap menggambarkan batas luar plantar benuanya kepada Setiausaha Agung PBB (Secretary-General of the United Nations) dan Setiausaha Agung harus mengumumkan peta-peta dan keterangan tersebut sebagaimana mestinya.
·         Pasal 76 (10) Ketentuan pasal ini boleh mengurangkan permasalahan berkaitan dengan batas pelantar benua antara Negara-negara yang berhadapan atau berdampingan.
·         Pasal 78 (2) Pelaksanaan hak Negara tepi pantai keatas pelantar benuanya tidak boleh mengurangi, atau mengakibatkan gangguan yang tak beralasan terhadap aktiviti pelayaran dan hak serta kebebasan lain yang dimiliki Negara lain sebagaimana ditentukan dalam ketentuan Konvensi ini.
·         Pasal 84 (2) – Berkaitan dengan Peta dan daftar koordinat geografi, Negara pantai harus mengumumkan sebagaimana mestinya peta-peta atau daftar-daftar koordinat geografinya dan harus menghantar satu salinan dari setiap peta atau daftar tersebut pada Setiausaha Agung PBB (Secretary-General of the United Nations) dan dalam hal peta dalam daftar yang mencantumkan garis-garis batas luar landas kontinen, pada Authority of the General Secretary.



 KESIMPULAN.
Perkembangan undang-undang laut berkaitan pelantar benua berkait rapat dengan bertambah majunya teknologi, teknik penggalian kekayaan alam terutama minyak. Perkembangan ini bermula dengan adanya Proklamasi Trauman oleh Presiden Amerika pada Tahun 1945, Konvensyen Geneva 1958, dan LOST 1982 yang dalam perkembangan tersebut masing-masing mempunyai pengertian/defenisinya yang tersendiri.  Seiring dengan perkembangannya pandangan masyarakat antarabangsa dalam hal bidang kuasa, hak, dan kewajiban Negara tepi pantai di pelantar benua juga mengalami penyempurnaan ke arah yang lebih memperlihatkan kepentingan-kepentingan dari Negara-negara dunia. Dimana semuanya itu ada batasannya, sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam United Nations Convetion on the Law Of the Sea III(UNCLOS III).

Politik Sarawak.



Era Pemerintahan Tawi Sli 1966-1969
SNAP Keluar Daripada Parti Perikatan
Era pemerintahan Penghulu Tawi Sli banyak dipengaruhi oleh parti Melayu dan beliau tidak mempunyai kuasa sebenarnya. Abdul Taib Mahmud iaitu salah seorang ahli parti BARJASA merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kerajaan Sarawak semasa Tawi Sli menjadi Ketua Menteri Sarawak. Kenaikan Tawi Sli menjadi ketua negeri telah membawa beberapa perubahan kepada corak politik Sarawak iaitu kemasukan SNAP ke barisan parti pembangkang. SNAP telah mengambil keputusan untuk menyertai parti SUPP. Hal ini, meningkatkan lagi cabaran dan tekanan kepada kerajaan. Jika dibandingkan SNAP dan PESAKA, SNAP lebih popular begitu juga dengan SUPP lebih popular berbanding SCA.  Kaum Cina turut memberi sokongan terhadap SNAP kerana isu pindaan undang-undang tanah gagal dilaksanakan seperti yang dibincangkan semasa pemerintahan Stephen Kalong Ningkan. Walaupun SNAP di barisan pembangkang namun sokongan penduduk Dayak masih kukuh, bagaimanapun sokongan yang diperolehi oleh SNAP tidak berjaya membawa parti itu menerajui kerajaan Sarawak.
Pembentukkan Parti Bumiputera Dan Penguasaan Bumiputera Islam
Dan pada zaman ini juga dilihat orang Melayu mula berusaha memperkukuhkan kekuasaan mereka dalam politik Sarawak. Dua parti Melayu iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk parti BUMIPUTERA. Gabungan ini dilakukan pada Disember 1966. Abdul Taib Mahmud merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam proses penubuhan parti BUMIPUTERA. Kejayaan membentuk parti BUMIPUTERA merupakan satu usaha bagi mengatasi masalah perpecahan dalam kalangan orang Melayu Sarawak di samping memperlihatkan kebangkitan kaum peribumi Islam. Ini secara tidak langsung memperkukuhkan orang Melayu dalam politik Sarawak. Abdul Taib Mahmud dan Abdul Rahman Yaakob sangat berpengaruh dalam kerajaan Perikatan. Sehingga akhirnya pemimpin dari parti Bumiputera itu berjaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak iaitu Abdul Rahman Yaakob pada tahun 1970. Merupakan Ketua Menteri ke tiga Sarawak. Parti BUMIPUTERA ini pernah bergabung dengan parti perikatan Sarawak menjelang penubuhan Malaysia namun pada saat-saat akhir PANAS keluar. PANAS menyertai kerajaan sekali lagi pada tahun 1966 melalui pengabungan parti Melayu iaitu Barjasa. Gabungan dua parti Melayu ini telah memperkukuhkan kuasa orang Melayu di Sarawak dalam politik Sarawak semakin kukuh.

Tahap Ketiga Abdul Rahman Yaakob (1970-1980)
Tahun 1970 merupakan tahun yang penting kerana Sarawak memasuki satu era politik yang baru. Beberapa perkara penting telah berlaku dalam sejarah Sarawak iaitu penyatuan politik, kenaikkan hegemoni orang Melayu ataupun penguasaan orang Melayu dalam politik Sarawak. Pada ketika itu hegemoni orang Dayak tidak dapat dikekalkan baik di bawah Stephen Kalong Ningkan mahupun di bawah Pengulu Tawi Sli. Hal ini, telah memberi ruang dan peluang kepada kenaikkan hegemoni orang Melayu dalam penguasaan politik Sarawak sehingga 1970 sehingga ke hari ini.

Pilihan Raya 1970
Pada tahun 1969 pilihan raya diadakan di Sarawak serentak dengan di Semenanjung. Namun demikian kerana peristiwa 13 Mei 1969 pilihan raya ditangguhkan. Rusuhan kaum tidak berlaku di Sarawak tetapi disebabkan Sabah dan Sarawak sebahagian daripada negeri dalam Malaysia maka pilihan raya di Sarawak ditangguhkan. Sementara itu Majlis Gerakan turut ditubuhkan di Sarawak untuk menjalankan pentadbiran sebagaimana di Semenanjung. Di kerajaan pusat pada masa tersebut, selepas peristiwa 13 Mei telah berlaku perubahan pucuk pimpinan daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak mula merancang dan memperkenalkan dasar-dasar baru untuk Malaysia. Beliau menggalakkan parti-parti lain untuk menjadi ahli perikatan di Semenanjung. Dasar ini turut dilaksanakan di Sarawak. Di Sarawak pilihan raya yang ditangguh kerana rusuhan kaum telah diadakan semula pada tahun 1970. Dan keputusan pilihan raya menunjukkan SAP (parti perikatan Sarawak) mendapat kerusi mejoriti dalam pilihan raya. SAP terdiri daripada parti BUMIPUTERA mendapat 12 kerusi, PESAKA mendapat 8 kerusi, SCA 3 kerusi). Parti-parti pembangkang terdiri daripada SNAP mendapat 12 kerusi, SUPP memperoleh 12 kerusi, kemudian calon BEBAS mendapat 1 kerusi. Daripada jumlah kerusi yang diperolehi dalam pilihan raya tersebut SAP yang layak membentuk kerajaan kerana mendapat kerusi yang banyak iaitu sebanyak 23 buah kerusi. Maka selepas pilihan raya Abdul Rahman Yaakob telah dilantik menjadi ketua menteri Sarawak. Beliau merupakan daripada parti BUMIPUTERA. Dengan kenaikkan Abdul Rahman Yaakob, bermulalah penguasaan orang Melayu dalam politik dan pentadbiran Sarawak. Kerajaan pusat pada masa itu berpendapat bahawa walaupun orang Melayu bukan penduduk mejoriti di Sarawak tetapi mereka harus diberi tempat istimewa dalam pentadbiran. Ini kerana pada tahun 1960-an, di bawah Stephen Kalong Ningkan kerajaan pada masa itu tidak dapat melahirkan satu situasi yang memberi tempat kepada orang Melayu dalam pentadbiran.
Gabungan Parti BUMIPUTERA Dan PESAKA
Melalui kenaikan Abdul Rahman Yaakob sebagai ketua menteri telah mendapat sokongan yang kuat daripada kerajaan pusat. Selepas kenaikkan Abdul Rahman Yaakob beberapa perubahan dan pembangunan telah dilakukan oleh beliau dalam politik Sarawak. Antaranya beliau cuba mencapai penyatuan politik Sarawak. Di Sarawak Tun Abdul Razak juga mencadangkan SAP membawa penyertaan parti pembangkang ke dalam parti perikatan. SUPP dijemput untuk menyertai SAP, orang Cina pada masa itu mula membuat keputusan dan akhirnya SUPP bersetuju menyertai SAP pada tahun 1970 selepas pilihan raya. Abdul Rahman Yaakob juga berusaha untuk menjalin kerjasama antara parti Melayu dengan PESAKA, usaha ini berjaya dengan pembentukan parti PESAKA BUMIPUTERA BERSATU pada tahun 1973. Nama SAP ditukar kepada Barisan Nasional Sarawak menjelang pilihan raya pada tahun 1974.
SUPP Dan SNAP Menyertai Parti Perikatan
Seterusnya pada tahun 1976, parti SNAP iaitu sebuah parti Dayak juga berjaya dibawa masuk ke dalam Barisan Nasional Sarawak. Dengan itu, menjelang pilihan raya pada tahun 1979 sudah tidak terdapat parti pembangkang di Sarawak kerana semua parti yang ada di Sarawak telah masuk ke dalam Barisan Nasional Sarawak. SUPP bertindak menyertai parti perikatan Sarawak disebabkan beberapa perkara penting. Antara sebab pertama yang adalah kerana parti SUPP telah dipelawa oleh Tun Abdul Razak untuk menyertai perikatan. Sebelum keputusan pilihan raya tahun 1970 diumumkan, perundingan tidak rasmi telah diadakan antara Tun Abdul Razak dengan pemimpin sederhana SUPP bagi membincangkan kemasukkan parti SUPP ke dalam perikatan Sarawak. Di pihak kerajaan persekutuan, penyertaan SUPP dalam kerajaan campuran Sarawak sangat diperlukan kerana kerajaan mahu mewujudkan kestabilan politik di Sarawak bagi memesatkan kemajuan ekonomi dan melawan pengaruh komunis yang semakin berkembang di Sarawak.  Di samping itu, SUPP mengambil keputusan untuk menyertai perikatan disebabkan semasa SUPP bertindak sebagai parti pembangkang banyak idea dan cadangan yang diketengahkan oleh SUPP tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana, seandainya kerajaan yang memerintah memberikan perhatian kepada cadangan yang diketengahkan oleh SUPP pada ketika itu sebagai parti pembangkang, sudah tentu pengaruh SUPP meningkat dan menjejaskan pengaruh kerajaan perikatan. Tambahan pula, pada masa yang sama SUPP juga menghadapi masalah perpecahan dalaman parti, iaitu antara golongan sederhana dengan golongan pelampau yang prokomunis. Golongan yang prokomunis pula berusaha untuk menjadikan SUPP sebuah parti komunis dan menjadikan Sarawak sebagai negara Komunis.
SNAP bertindak menyertai pakatan Sarawak setelah Abdul Rahman Yaakob bertindak berjumpa dengan Stephen Kalong Ningkan untuk menjemput SNAP masuk ke dalam perikatan. Beberapa persetujuan dari segi prinsip tentang penyertaan SNAP ka dalam perikatan telah dicapai. Antaranya ialah Abdul Rahman Yaakob mencadangkan rancangan memberikan pencen kepada bekas ketua menteri. Selain itu, James Wong iaitu Timbalan Presiden SNAP dibebasakan daripada tahanan ISA. Tambahan pula, dalam menghadapi pilihan raya 1974, satu persetujan telah dibuat antara SNAP dengan parti pemerintah yang mengatakan PBB, SUPP dan SNAP bersetuju untuk tidak meletakkan calon terbaik mereka menentang antara satu sama. Selain daripada melakukan penyatuan politik kerajaan Abdul Rahman Yaakob juga mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan juga pembangunan sosioekonomi di negeri Sarawak sepanjang pentadbirannya.

Keselamatan Dipelihara
Dari segi keselamatan, keselamatan Sarawak pada ketika itu iaitu ketika pentadbiran Abdul Rahman Yaakob beliau telah memberi tawaran kepada komunis untuk menyerah diri dan kembali kepada masyarakat. Pada 16 September 1973, ketua pemimpin komunis di Sarawak Bong Kee Chok telah keluar dari hutan untuk bertemu dengan Abdul Rahman Yaakob di Semanggang iaitu di bahagian kedua Sarawak untuk membincangkan bagaimana hendak membawa kumpulannya menyerah diri kepada kerajaan. Berikutan peristiwa tersebut operasi Sri Aman dilancarkan untuk menghapuskan semua komunis yang ada di dalam hutan. Operasi ini diadakan pada awal Mac 1974, operasi Sri Aman berjaya membawa kepada lebih 500 orang komunis meletakkan senjata dan menyerah diri kepada kerajaan termasuklah ketua komunis iaitu Bong Kee Chok. Maka di bawah Abdul Rahman Yaakob keamanan dan ketenteraman negeri Sarawak lebih terpelihara sedikit sebanyak membantu penduduk Sarawak daripada ancaman komunis. Walaupun selepas operasi ini tidak bermakna tiada lagi komunis di Sarawak, komunis masih ada di Sarawak tetapi dalam kumpulan yang kecil. Selain daripada aspek keselamatan, di bawah pentadbiran Abdul Rahman Yaakob pengurusan tanah dan pertanian turut diberi perhatian di mana pelbagai rancangan dan pembangunan tanah dan pertanian dijalankan di negeri Sarawak. Antaranya seperti Rancangan Penanaman Kelapa Sawit, tanaman getah dan koko dijalankan secara meluas di negeri Sarawak. Begitu juga, memajukan dasar-dasar dan rancangan-rancangan ke arah pembangunan pembalakan. Aspek pendidikan juga tidak diabaikan oleh Abdul Rahman Yaakob untuk menaik taraf pendidikan penduduk Sarawak. Yayasan Sarawak telah ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada golongan meskin untuk mendapatkan pelajaran. Seperti menghantar pelajar Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di semenanjung dan juga menyediakan bantuan-bantuan biasiswa kepada anak-anak negeri Sarawak. Kepimpinan Abdul Rahman Yaakob diterima baik ulih rakyat Sarawak kerana telah membawa pembangunan kepada Sarawak. Abdul Rahman Yaakob seterusnya dilantik menjadi Yang Dipertuan Negeri Sarawak pada Ogos 1985 dan jawatan ketua menteri Sarawak pula diambil alih oleh Abdul Taib Mahmud iaitu anak saudara kepada Abdul Rahman Yaakob. Maka dengan itu bermulalah satu lagi tahap politik Sarawak iaitu pada tahun 1981 sehinggalah pada tahun 1990-an.

Tahap Keempat Abdul Taib Mahmud (1981-1990)
Masalah Dalaman Parti SNAP
Ketika Taib Mahmud mengambil alih ketua politik Sarawak beliau berdepan dengan krisis dalam politik negeri Sarawak. Hal ini kerana, Abdul Taib Mahmud tidak diterima oleh sebahagian penduduk Sarawak khasnya orang Dayak. Orang Dayak walaupun telah berkerjasama dengan kerajaan melalui gabungan parti PESAKA dengan parti Bumiputera yang membentuk PBB parti PESAKA BUMIPUTERA BERSATU tetapi mereka tidak mempunyai kuasa yang banyak dalam pentadbiran Abdul Taib Mahmud. Dalam pentadbiran Abdul Taib Mahmud dilihat lebih kepada pro Dayak. Pada ketika itu juga, parti SNAP menghadapi krisis dalaman partinya. Dua orang pemimpin parti SNAP iaitu Leo Moggie dan Daniel Tajem telah mempersoalkan James Wong seorang Cina menjadi pemimpin parti Dayak iaitu SNAP. Sebelum itu, SNAP diketuai oleh orang Dayak tetapi telah dilantik menjadi Persuruhjaya Malaysia di New Zeland. Beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan digantikan oleh James Wong. James Wong enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipujuk oleh orang Dayak dan pemimpin SNAP. Akhirnya Leo Moggie dan kumpulannya telah menubuhkan sebuah parti baru yang dikenali sebagai parti BANGSA DAYAK SARAWAK (PBDS) pada tahun 1983. Hal ini telah menunujukkan pemimpin SNAP telah berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan yang masih menyokong James Wong dan kekal dalam parti SNAP. Manakala satu lagi kumpulan telah keluar dari SNAP dan membentuk parti parti baru iaitu PBDS. Pada tahun 1983, berikutan dengan penubuhan PBDS turut menunjukkan kenaikkan sentemen perkauman Dayak di Sarawak, sentemen ini akhirnya mencapai kemuncak pada tahun 1987 yang dikenali sebagai dayakisme. 
Pakatan Menjatuhkan Pimpinan Abdul Taib Mahmud
Pada tahun 1987 orang dayak membuat perancangan untuk mendapatkan kembali kuasa pentadbiran Sarawak di bawah orang dayak dalam perkataan lain orang Dayak ingin mengembalikan hegomeny orang Dayak di Sarawak sebagaimana yang telah berlaku pada tahun 1960-an. Orang dayak cuba menggulingkan kerajaan Abdul Taib Mahmud pada tahun 1987, dengan itu 28 orang ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak telah berkumpul di Hotel Ming Court di Kuala Lumpur dan mengeluarkan satu memorandum untuk menyatakan tidak yakin kepada kerajaan Abdul Taib Mahmud. Namun demikian apabila berdepan dengan masalah ini, Abdul Taib Mahmud telah bertindak dengan bijak beliau telah membubarkan Dewan Undangan Negeri dan membolehkan pilihan raya diadakan di Sarawak. Pembubaran Dewan Undangan Negeri amat mengejutkan dan mengecewakan pihak PBDS kerana PBDS pada mulanya menjangkakan Abdul Taib Mahmud meletak jawatan dan bukannya mengistiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Bagaimana pun dalam pilihan raya 1987 PBDS telah bekerjasama dengan sebuah pertubuhan politik yang dikenali sebagai Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). PERMAS ini dibentuk oleh sekumpulan orang Melayu Sarawak yang tidak berapa suka dengan pentadbiran Abdul Taib Mahmud tetapi masih setia kepada Abdul Rahman Yaakob. Dalam masa yang sama, penyokong yang setia kepada Abdul Rahman Yaakob telah bersedia untuk melemahkan dan menjatuhkan Abdul Taib Mahmud. Mereka mempertikaikan gaya kepimpinan Abdul Taib Mahmud yang disifatkan sebagai tidak boleh dipercayai dan diktator. Di samping itu, mereka juga menuduh Abdul Taib Mahmud pro-Cina, terutamanya pro SUPP kerana SUPP memberikan sokongan yang kuat kepada Taib Mahmud. Selain itu, penyokong Rahman Yaakob telah menyentuh tentang isu balak. Taib dituduh membahagikan lesen-lesen balak kepada para penyokongnya. PBDS dan PERMAS bekerjasama dan bergabung membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan Maju. Kumpulan Maju ini berdepan dengan Barisan Nasional Sarawak. Pada masa tersebut dalam Barisan Nasional Sarawak ada parti SUPP, parti SNAP dan parti PBBS. DAP dan juga calon-calon bebas bertanding dalam pilihan raya 1987. Dalam pilihan raya tersebut PBDS dan juga kumpulannya telah tewas kepada Barisan Nasional Sarawak. Di mana keputusan pilihan raya menunjukkan Barisan Nasional memperolehi 28 buah kerusi, kumpulan Maju memenangi 20 buah kerusi, DAP dan calon Bebas tidak memperolehi kerusi dalam pilihan raya 1987. Dalam kumpulan Maju daripada 20 buah kerusi yang dimenangi, 15 kerusi PBDS dan 5 kerusi diperolehi oleh PERMAS. Dengan itu PBDS tidak berjaya dengan rancangannya untuk menjatuhkan kerajaan Abdul Taib Mahmud. Abdul Taib Mahmud masih mengekalkan jawatannya menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya tersebut.

Semangat Dayakisme.
 Semangat kaum Dayak jelas sekali nampak pada tahun 1983 apabila berlaku perpecahan dalam parti SNAP yang telah menyebabkan dua kumpulan parti SNAP. Satu kumpulan masih setia kepada James Wong dan satu lagi kumpulan tidak setuju dengan kepimpinan James Wong keluar daripada parti SNAP membentuk pati baru PBDS di bawah Leo Moggie. Semangat ini mencapai kemuncak pada tahun 1987 apabila PBDS merancang untuk mengambil balik jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada orang Dayak. Akhirnya membawa kepada rancangan mereka menjatuhkan Taib Mahmud. Namun rancangan mereka tidak berjaya Taib terus kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Antara sebab semangat dayakisme timbul antara tahun 1987 disebabkan kesan kerajaan Abdul Taib Mahmud. Pimpinan Abdul Taib Mahmud tidaklah diterima oleh semua penduduk Sarawak. Hal ini kerana ada pihak yang merasakan mereka tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran, terutamanya orang Dayak. Dan golongan ini berpendapat bahawa kerajaan pada ketika itu dikuasai oleh golongan Melayu yang menyokong Abdul Taib Mahmud. Walaupun orang Dayak telah bekerjasama dengan kerajaan melalui pembentukkan PBB. Begitu juga parti SNAP yang juga telah menyertai kerajaan 1976 di mana menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional Sarawak tetapi orang Dayak tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam kerajaan Abdul Taib Mahmud. Maka dalam keadaan ini telah lahirnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan sebahagian orang Dayak dan perasaan tersebut telah diterjemahkan dalam gerakkan untuk menjatuhkan pentadbiran Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak. Selain daripada itu orang Dayak merupakan kumpulan penduduk mejoriti di Sarawak iaitu merangkumi 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Sarawak. Maka sebagai kumpulan mejoriti orang Dayak merasakan komunitinya mempunyai hak dalam menerajui kepimpinan kerajaan Sarawak.
Tambahan pula, pemimpin Dayak pernah memegang jawatan ketua menteri Sarawak seperti Stephen Kalaong Ningkan dan Penghulu Tawi Sli. Maka keadaan ini menunjukkan bahawa orang Dayak mempunyai pemimpin yang layak untuk mengetuai kerajaan Sarawak dalam keadaan ini maka mereka ini mendapatkan kembali kuasa. Kebangkitan Dayakisme ini berkait rapat dengan krisis parti SNAP kerana dalam parti SNAP itu adanya berlaku krisis kepimpinan di mana akhirnya krisis kepimpinan itu membawa kepada perpecahan parti SNAP. Lahirnya dua kumpulan satu kumpulan diketuai oleh Leo Moggie dan satu kumpulan lagi masih setia kepada kepimpinan James Wong. Kumpulan parti SNAP di bawah James Wong memperjuangkan hak berbilang kaum. Manakala kumpulan yang di bawah PBDS adalah kumpulan yang ingin memperjuangkan semangat perkauman kaum Dayak. Kewujudan PBDS akhirnya mewujudkan sentiment perkauman dalam kalangan kaum Dayak sehingga ke tahun kemuncak 1987. Stetment itu tidak mencapai matlamat dan tidak dapat menjatuhkan kerajaan Taib Mahmud. Hal ini kerana Abdul Taib Mahmud telah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan mengadakan pilihan raya.

Sebarang Kesilapan sila Perbetulkan/ Perkongsian dan komen sgt dialu2kan.

Reading

SISTEM KESIHATAN DI ERA PENJAJAHAN BRITISH

  Pendahuluan             Kedatangan pihak penjajah sememangnya telah membawa maksud perubahan dalam asepk politik, skonomi dan social d...