Thursday, 26 December 2013

Konvensyen Geneva 1958 dan LOST 1982.



Huraikan perbezaan Hak dan Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Pelantar Benua masing-masing di bawah Konvensyen Geneva 1958 dan LOST 1982.
Adakah pelajar berpendapat Rejim Pelantar Benua di bawah LOST 1982 adil terhadap negara tepi pantai atau negara lain.

PENGENALAN.

Undang-undang  berkaitan Rejim Pelantar Benua  bermula daripada Proklamasi Presiden Amerika Syarikat ( Henry S. Truman) yang dikeluarkan pada 28 September 1945. Dalam Proklamasi tersebut beliau mencadangkan kekayaan mineral dasar laut (seabed ) dan tanah di bawahnya (subsoil) yang bersempadan dengan pantai Amerika Syarikat  adalah untuk kepentingan rakyat dan bangsa Amerika Syarikat.
Tindakan kerajaan Amerika Syarikat berkaitan pelantar benua (Continental Shelf) ini didasarkan atas pendapat ahli-ahli geologi bahawa bahagian-bahagian tertentu dalam plantar benua di luar batas 3 batu mengandungi endapan-endapan minyak bumi yang sangat berharga yang membolehkan untuk pengeksploitasian secara teratur suatu kawasan di bawah permukaan laut (submarine area).
Tindakan ini tidak mendapat tentangan malah ia menjadi ikutan negara-negara Amerika Latin (Chile, Equador, dan Peru)  apabila dalam Deklarasi Santiago 18 Ogos 1952 – ketiga-tiga Negara tersebut mendakwa kawasan lautan beserta dasar laut dan tanah di bawahnya dalam lingkungan 200 batu nautika dari pantainya berada di bawah wilayah kedaulatannya.
Pada tahun 1958 isu berkaitan pelantar benua kembali disuarakan dalam Konvensyen Geneva 1958 yang diadakan oleh International Law Commission yang dibentuk oleh PBB. Konvensyen ini dihadiri oleh 700 Delagasi dari 86 buah negara.
Seterusnya LOST 1982 ataupun UNCLOS III   diwujudkan sebagai penambahbaikan terhadap konvensyen sebelum ini yang dilihat masih tidak dapat menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan Plantar Benua.




PELANTAR BENUA (CONTINENTAL SHELF)
KONVENSYEN GENEVA 1958
LOST 1982

Definisi : Pelantar Benua adalah dasar aut dan tanah dibawahnya yang bersambung dengan negara tepi pantai tetapi berada diluar laut kewilayahan. Aktiviti eksploitasi dan eksploirasi sumber  keatas plantar benua adalah sehingga kedalaman 200 meter atau lebih (Pasal 1)

Berdasarkan pasal 1 diatas penentuan palantar benua menunjukkan adanya ‘ketidak pastian’ .


Definisi : Pelantar Benua  negara tepi pantai meliputi  dasar laut dan tanah dibawahnya yang terletak diluar laut kewilayahannya sehingga 200 batu nautika yang di ukur dari garis dasar . (Pasal 76(1) )

Plantar Benua negara tepi pantai tidak boleh melebihi batas-batas yang telah ditentukan dalam ayat 4 hingga 6 )Pasal 76(2) )

Dalam LOST 1982 batas luar pelantar benua sudah cukup tegas dan jelas. Telah wujud kepastian undang-undang tentang sejauhmana sesebuah negara memiliki hak  eksklusif keatas sumber daya alam di pelantar benuanya.

Hak Negara Tepi Pantai Keatas Plantar Benua.


Kedaulatan negara tepi pantai, selain wilayah daratan dan perairan dalamannya, dan dalam hal suatu Negara kepulauan dengan perairan kepulauannya, meliputi  suatu jalur laut  yang berbatasan dengannya yang dinamakan laut kewilayahan. Pasal 2(1)

Kedaulatan ini meliputi ruang udara di atas laut serta dasar laut dan lapisan tanah dibawahnya. Pasal 2(2)

Kedaulatan keatas laut kewilayahan dilaksanakan dengan cara mematuhi  Konvensyen ini  dan  peraturan-peraturan  lain yang terdapat dalam undang-undang antarabangsa. Pasal 2(3)


Hak Negara Tepi Pantai Keatas Pelantar Benua.


Negara tepi pantai mempunyai hak berdaulat keatas pelantar benunya untuk tujuan eksplorasi dan ekploitasi sumber kekayaan alamnya. Pasal 77 (1).

Hak yang tersebut dalam ayat 1 di atas adalah eksklusif , iaitu apabila Negara tepi pantai tidak mengekplorasi plantar benua atau mengekploitasi sumber kekayaan alamnya, tiada seorangpun dapat melakukan kegiatan itu tanpa persetujuan tegas Negara tepi  pantai. Pasal 77(2)

Hak negara tepi pantai keatas plantar benuanya tidak bergantung kepada  pendudukan, sama ada secara efektif atau tidak. Pasal77 (3)

Negara tepi pantai mempunyai hak eksklusif untuk mengizinkan dan mengatur aktiviti penggerudian dikawasan plantar benua untuk pelbagai keperluan. (Pasal 81).



Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Plantar Benua:


Konvensyen ini tidak menentukan batas yang pasti berkaitan dengan plantar benua

Ketentuan yang sama  dalam Pasal 4 konvensyen  ini dimana negara tepi pantai tidak diizinkan menghalang peletakan atau pemasangan kabel atau paip di pelantar benua














Tanggungjawab negara tepi pantai dikawasan Plantar Benua:


Negara tepi pantai harus menetapkan batasn luar pelantar benuanya (Pasal 76 (8)).

Negara pantai harus menghantar  peta-peta dan keterangan yang relevan  berkaitan pelantar benuanya kepada  PBB, yang secara tetap menggambarkan batas luar pelantar benuanya (Pasal 76 (9) dan Pasal 84 (1) dan (2)).

Negara pantai tidak boleh menghalang pemasangan  kabel atau paip. (Pasal 79 (2)).

Kewajiban untuk melakukan pembayaran atau sumbangan.
Dikuatkuasakan apabila negara tepi pantai mengeksploitasi sumber kekayaan alam (minyak) dari  pelantar benua di luar 200 batu nautika dikira dari garis pangkal. (Pasal 82 (1)) dan ayat (4)

Kewajiban untuk menetapkan batas pelantar benua.

Kewajiban ini timbul ketika pantai dari suatu Negara berhadapan atau berdampingan dengan pantai Negara lain. 

Bagi negara-negara yang pelantar benuanya berhadapan atau berdampingan, penetapan garis batas pelantar benuanya  hendaklah ditetapkan dengan persetujuan undang-undang antarabangsa sebagaimana yang terdapat dalam pasal38 Statut Mahkamah Antarabangsa untuk mencapai suatu penyelesaian yang adil.

Untuk mencapai keadilan ini Konvensyen menetapkan garis batas tersebut harus berdasarkan pasal 38 Statut Mahkamah Antarabangsa, yang secara umum diakui sebagai sumber undang-undang antarabangsa.

Kewajiban untuk mencegah, mengurangkan dan mengawal pencemaran alam sekitar laut.
Pencemaran alam sekitar laut yang disebabkan oleh kegiatan di pelantar benua boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti kebocoran paip, dan perlanggaran antara kapal-kapal serta pemasangan-pemasangan pengeboran di pelantar benua.. 

Sehubungan dengan hal  tersebut, negara pantai bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan untuk mengurangkan terjadinya pencemaran dalam lingkungan laut sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Pasal 194 Konvensyen Undang-undang Laut 1982.




Adakah pelajar berpendapat Rejim Pelantar Benua di bawah LOST 1982 adil terhadap negara tepi pantai atau negara lain.
·     
        Adil Kerana – Pasal 82 (UNCLOS III) mewajibkan sesebuah negara untuk melakukan pembayaran dan sumbangan kepada negara-negara lain sekiranya mengeksploitasi sumber kekayaan  di luar 200 batu nautika yang dikira dari garis pangkal.
·         Pasal 76 (9) - Negara pantai harus menghantar peta-peta dan keterangan yang relevan termasuk data geografi  yang secara tetap menggambarkan batas luar plantar benuanya kepada Setiausaha Agung PBB (Secretary-General of the United Nations) dan Setiausaha Agung harus mengumumkan peta-peta dan keterangan tersebut sebagaimana mestinya.
·         Pasal 76 (10) Ketentuan pasal ini boleh mengurangkan permasalahan berkaitan dengan batas pelantar benua antara Negara-negara yang berhadapan atau berdampingan.
·         Pasal 78 (2) Pelaksanaan hak Negara tepi pantai keatas pelantar benuanya tidak boleh mengurangi, atau mengakibatkan gangguan yang tak beralasan terhadap aktiviti pelayaran dan hak serta kebebasan lain yang dimiliki Negara lain sebagaimana ditentukan dalam ketentuan Konvensi ini.
·         Pasal 84 (2) – Berkaitan dengan Peta dan daftar koordinat geografi, Negara pantai harus mengumumkan sebagaimana mestinya peta-peta atau daftar-daftar koordinat geografinya dan harus menghantar satu salinan dari setiap peta atau daftar tersebut pada Setiausaha Agung PBB (Secretary-General of the United Nations) dan dalam hal peta dalam daftar yang mencantumkan garis-garis batas luar landas kontinen, pada Authority of the General Secretary.



 KESIMPULAN.
Perkembangan undang-undang laut berkaitan pelantar benua berkait rapat dengan bertambah majunya teknologi, teknik penggalian kekayaan alam terutama minyak. Perkembangan ini bermula dengan adanya Proklamasi Trauman oleh Presiden Amerika pada Tahun 1945, Konvensyen Geneva 1958, dan LOST 1982 yang dalam perkembangan tersebut masing-masing mempunyai pengertian/defenisinya yang tersendiri.  Seiring dengan perkembangannya pandangan masyarakat antarabangsa dalam hal bidang kuasa, hak, dan kewajiban Negara tepi pantai di pelantar benua juga mengalami penyempurnaan ke arah yang lebih memperlihatkan kepentingan-kepentingan dari Negara-negara dunia. Dimana semuanya itu ada batasannya, sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam United Nations Convetion on the Law Of the Sea III(UNCLOS III).

No comments:

Post a Comment

Reading

SISTEM KESIHATAN DI ERA PENJAJAHAN BRITISH

  Pendahuluan             Kedatangan pihak penjajah sememangnya telah membawa maksud perubahan dalam asepk politik, skonomi dan social d...