Tuesday, 24 December 2013

PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU



 
PENGENALAN

Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya daripada penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan ini ialah kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks tanah melayu atau british malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan british. Semangat kebangsaan di tanah melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke 20 lagi. Iaitu setelah pihak british mengesuai seluruh tanah melayu, dibawah sistem pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-negeri selat, negeri-negeri tidak bersekutu, negeri-negeri bersekutu.

            Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke dua, kaum-kaum cina dan mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah british, pada tahap-tahap awal. Maka perbincangan dibataskan kepada peranan yang dimainkan oleh orang melayu, sehingga tahun 1941, iaitu sehingga Jepun menawan tanah melayu dan british mengundurkan diri buat sementra waktu.

            Nasionalisme menurut DBP, iaitu perasaaan cintakan negara sendiri yang mendalam dan pergerakan untuk mencapai kebebsan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Kesedaran kebangsaaan pula yang berkaitan secara keseluruhan nasional semangat.

            Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu iaitu faktor dalaman dan luaran.



FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

Gerakbalas Terhadap Pentadbiran British Menjelang akhir abad ke 19.

Pihak british telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak british telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dimana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat.

            Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit dianmbil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah. Perkembangan Pendidikan Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu.  Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.

            Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu, terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang melayu.

            Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu.             Kesimpulannya, perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Perkembangan Sistem Perhubungan Dan Media Massa

Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan.

            Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Selain daripada perkembangan sistem perhubungan yang digunakan sebagai jalan penyaluran semangat kebangsaan, media massa, terutamanya, surat khabar turut digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.

            Jelas bahawa, perkembangan sistem perhubungan dan media massa turut memainkan peranan penting dalam menentukan masyarakat melayu bergerak ke arah satu identiti iaitu identiti kebangsaan dan bukan lagi mengikut identiti kekampungan ataau kedaerahan.

FAKTOR LUARAN

Gerakan Pemulihan Di Timur Tengah

Menjelang dekad pertama kurun ke 20, Gerakan reformasi islam telah sampai ke tanah melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan wahabi oleh sheikh muhammad abduh dan syed jamaluddin al-afghani. Syeikh muhammad abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip islam menurut kehendak zaan moden, ettapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah dan rasul seperti yang tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwil serta pentafsiran islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

            Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Konsep ini mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang berteraskan agama islam yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan agama islam dan sebuah negara islam yang besatu padu dan berdaulat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah memengaruhi keduadua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama islam.

            Perkembangan di timur tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan kesedaran yang semain meresapi masyarakat melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut melayu yang telah pergi ke timur tengah seperti syeikh Jalil Jalaluddin. Syed al-Hadi dan syeikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam.



Kekalahan Rusia Ke Tangan China

Dalam peperangan yang berlaku di antara rusia dengan jepun (1904-1905) menyaksikan jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

            Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah menghasilkan karya berjudul 'mataharai memancar' (the rising sun) yang menceritakan sejarah jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa kamal dari turki yang asalnya daripada bahasa arab. Menurut za'ba (modern development, hlm 148), karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca melayu.

            Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang british dari tanah melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di tanah melayu. Di antara mereka ialah syed sheikh al-hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran islam. Perkembangan di jepun mengalahkan kuasa rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak british.



Pergerakan Kebangsaan Di Indonesia

Gerakan kemerdekaan rakyat indonesia menentang pemerintahan belanda telah memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan british. Sarekat islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan memelihara kebajikan dan ekonomi orang indonesia serta menyatukan orang islam dengan menyebarkan ajaran islam. Parti ini amat popular di pulau jawa. Parti ini mendesak penjajah belanda supaya memberi pemerintahan sendiri kepada rakyat indonesia.

            Orang melayu di tanah melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut, tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, bahasa dan kebudayaan, di antara masayarakat islam di indonesia dan mayarakat melayu di negeri-negeri melayu, jadi orang melayu di negeri-negeri melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang dilakukan oleh sarekat islam di Indonesia. Di samping itu pelajar yang sedang belajar di timur tengah, telah berhubung dengan pelajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka ialah untuk berganding dan sama-sama memperoleh pembebasan daripada penjajah.

PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU

Perkembangan kesedaran kebangsaan di tanah melayu telah dipeloori oleh tiga kumpulan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik. Kumpulan yang pertama ialah golongan yang berpendidikan arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah yang berpendidikan melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan merekeka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah yang berpendidikan inggeris, mereka terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Golongan Berpendidikan Arab

Sejarah kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu boleh dikesan sejak awal abad ke 20 sebagai gerak balas terhadap gerakan yang dilakukan oleh beberapa tokoh yang pulang dari timur tengah dan mesir. Oleh yang demikian, pergerakan pada tahap awal ini lebih bercorak keagamaan.

            Golongan ini kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan walaupun sebilangan mereka kecil, tetapi mereka sangat berpengaruh di kalangan masyarakat melayu. Meraka adalah orang melayu yang berketurunan arab, India, jawa dan sumatera. Mereka telah berhijrah ke tanah melayu selepas bermulanya pentadbiran british di sini, dan mula menetap di pulau pinang, melaka dan singapura.

            Di antara meraka, golongan yang utama ialah imigran arab yang telah berkahwin dengan wanita melayu tempatan. Walaupun mereka masih mengekalkan sebahagian daripada tradisi kearaban mereka, seperti berpakaian jubah, namun meraka di terima ke dalam masyarakat kerana persamaan agama. Mereka dididik dengan baik dan berilmu pengetahuan, terutama yang bergelar syed dan syeikh. Kebanyakan mereka merupakan pedagang yang kaya. Maka pengaruh mereka terserlah di kalangan masyarakat tempatan.

            Golongan kedua yang terpenting ialah orang islam dari india dan berkahwin dengan wanita tempatan. Mereka dikenali sebagai jawi peranakan. Mereka merupakan pedangang dan pekedai yang berjaya. Mereka juga menganggotai pentadbiran british sebagai kerani, penterjemah, jurubahasa dan guru-guru bahasa melayu yang bergelar 'munshi'. Sumbangan utama jawi peranakan ialah terhadap bidang penerbitan majalah dan akhbar yang berfungsi sebagai alat penyaluran untuk menyebarkan idea-idea pemulihaan dan disuarakan oleh golongan keturunan arab. Pada tahun 1876, sekumpulan jawi peranakan telah membuka jabatan percetakan dan mula mengeluarkan akhbar mingguan dalam bahasa melayu bernama ‘jawi peranakan’ akhbar ini sering memaparkan berita-berita luar negeri, dalam negeri dan berusaha memupuk pendidikan melayu (foster vernacular education).

            Selama tiga puluh tahun seterusnya, pejabat ini telah mengeluarkan enam belas jurnal berbahasa melayu, aspek yang sering ditekankan ialah potensi pendidikan dan peri pentingnya kemajuan diri dan kemajuan komuniti masyarakat melayu, seperti yang dilaungkan oleh golongan keturunan arab. Disamping itu, golongan keturunan arab sering menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di timur tengah, pertamanya di universiti al-azhar di mesir. Semasa menuntut, pelajar-pelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea syeikh Muhammad Abduh dan gerakan pan-islamisme yang sedang berkembang di asia barat. Sekembali ketanah air, mereka turut menyebarkan idea-idea tersebut. Di antara pemimpin golongan ini yang terkenal ialah syeikh mohd. Tahir jalalluddin al-kalali, syed syeikh al-azhari, dan syekh mohd kassim al-kalali, bergelar kaum muda.

            Pada bulan julai 1906, syed sheikh al-hadi bersama rakan-rakannya telah mengusahakan majalah al-imam (pemimpin) di singapura. Majalah ini kemudiannya menjadi lidah rasmi untuk membawa pembaharuan sosial dan agama di kalangan orang melayu. Tujuan utama majalah ini ialah untuk ' mengingatkan mereka yang lalai, membangkitkan mereka yang tidur, memimpin mereka yang sesat dan memberikan suara kepada mereka ang berfikiran bernas. Pada keseluruhannya rencana-rencana dan makalah-makalah yang tersiar dalam al-imam adalah berkisar pada persoalan agama yang seringkali berupa seruan menyedarkan umat islam yang sekian lama dihanyutkan oleh politik dan tipu helah penjajah.

            Kaum muda tersebut juga menyarankan orang melayu untuk mempelajari satu sistem pelajaran agama yang bercorak liberal dengan memasukkan mata pelajaran moden bahasa inggeris di samping bahasa arab. Mereka juga berpendapat bahawa kaum wanita harus diberi pendidikan dan peluang memainkan peranan di dalam masyarakat. Pendapat ini dijelaskan melalui karya novel 'faridah hanum' yang ditulis oleh syed syeikh al-hadi.

            Mereka menekankan fikiran yang waras dan rasional tanpa mencampuradukkan ajaran-ajaran agama dengan adat dan kepercayaan yang karut. Untuk memperluaskan lagi ajaran dan cara pemikiran mereka. Kaum muda telah menubuhkan sekolah-sekolah agama seperti madrasah al-mashyur (pulau pinang), madrasah al-hadi (melaka) dan madrasah al iqabal al-khariah (singapura). Mereka juga turut menyumbangkan tulisan dalam majalah dan akhbar seperti neraka (1911), al-manar (1914), al ikhwan(1926) dan saudara (1928). Mereka turut emndapat sokongan daripada pelajar di timur tengah yang menulis dalam majalah 'seruan al-azhar' (1928) dan 'pilihan timur' (1927-29).

            Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua menganggap idea kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik dan agama yang sedia ada. Mereka bertindak balas dengan menerbitkan majalah pengasuh. Majalah ini diterbitkan oleh majlis agama dan adat istiadat kelantan. Oleh kerana kuatnya pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan kaum muda diharamkan dibeberapa buah kerajaan negeri. Majalah-majalah ini hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak ramai penduduk melayu seperti di negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum muda juga dilarang daripada berucap di masjid-masjid.

            Walau bagaimanapun, idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun.



Golongan Berpendidikan Melayu

Tahun-tahun 1920 an memperlihatkan pertamabahan bilangan orang melayu yng berpelajaran, sebagai hasil perkembangan sekolah-sekolah melayu, dan penubuhan maktab perguruan sultan idris (mpsi), yang telah ditubuhkan pada tahun 1922. Pelajar-pelajar maktab ini terdiri daripada anak-anak kaum tani dan keluarga melayu yang rendah mobiliti sosialnya. Namun mpsi dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa kebangsaan mereka menitik beratkan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang membelenggu masyarakat melayu. Namun soal-soal agama tidak diabaikan oleh mereka. Pergerakan kesedaran kebangsaan yang diteruskan oleh golongan berpendidikan melayu ini bermarkas di mpsi, yang merupakan pusat pengajian tertinggi bagi pelajar yang berpendididkan melayu di zaman penjajah british. Selepas elajar, mereka dihantar ke sekolah-sekolah melayu di seluruh negara.

            Semasa di mpsi, pelajar-pelajar bakal guru ini telah disuburkan menganai semangat kebangsaan oleh guru-guru melalui syarahan sera mata pelajaran sejarah. Di antara guru-guru yang terkenal ialah cikgu abdul hadi haji hassan yang berasal dari melaka. Selepas ditempatkan disekolah-sekoalh melayu, guru-guru lepasan mpsi ini secara tidak langsung mengembangkan fahaman kebangsaan kepada murid-murid di sekolah menerusi pengajaran meraka. Dalam masa yang singkat saja, mereka dapat menyedarkan kaum melayu bahawa mereka adalah bangsa melayu bumiputera di tanah melayu.

            Seorang guru lepasan mpsi bernama ibrahim haji yaakub dari pahang telah memulakan perjuangan ala politik. Pada masa bertugas di kuala lumpur beliau bersama ishak haji muhammad, hassan manan, abdul karim rashid dan isa mahmud telah menubuhkan parti politik bercorak kebangsaan pada tahun 1938. Pertubuhan ini dikenali sebagai kesatuan melayu muda (kmm). Tujuan kmm di tubuhkan ialah untk berjuang mencapai kemerdekaan tanah melayu daripada pihak british. Ideologi merek ialah tidak mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan. Pertubuhan ini juga inginkan penggabunagn dengan indonesia untuk membentuk melayu raya. Iiatu tanah air yang serumpun bangsa yang lebih luas.

            Pada tahun 1939, Ibrahim haji Yaakub telah membeli akhbar warta malaya di singapura dengan bantuan wang dari jepun. Beliau menjadi ketua pengarangnya. Semenjak itu terbitlah rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti british. Banyak cawangan kmm telah ditubuhkan di seluruh tanah melayu. Keadaan ini amat membimbangkan pihak btitish.

            Pada tahun 1940, british telah membuat serbuan mengejut beberapa markas kmm dan menangkap lebih daripada seratus orang pemimpin-pemimpin dan anggota kmm, termasuk Ibrahim haji Yaakub. Dengan itu british telah mengharamkan kmm. Keadaan ini berlanjutan sehingga kedatangan jepun pada tahun 1941 dan pemimpin-pemimpin dibebaskan. Sungguhpun kmm terdiri daripada pemimpin-pemimpin melayu yang dinamis dan berwawasan tinggi, namun petubuhan ini tidak berjaya menarik sokongan ramai seperti petani dan nelayan. Golongan ini masih mengharapkan kepimpinan golongan bangsawan.



Golongan Berpendidikan Inggeris

Pergerakan yang dipimpin oleh golongan ini telah wujud akibat daripada kebimbangan orang melayu terhdap penguasaan bangsa asing, terutamanya british, cina dan india. Mereka terdiri daripada golongan bangsawan dan orang kaya yang mendapat pendidikan inggeris dari maktab melayu kuala kangsar. Mereka lebih bersikap sederhana dan bekerjasa dengan pihak british. Oleh kerana keturunan meraka, maka mereka dianggap pemimpin yang sah oleh orang melayu. Kesedaran tentang hak-hak orang melayu dikalangan golongan ini dibangkitkan oleh tiga perkara iaitu desentralisasi, zaman kemelesetan dan tuntutan persamaan hak oleh orang cina.

            Pada tahun-tahun 1920an, sultan-sultan sendiri telah menyuarakan tentang pencerobohan yang nyata oleh pihak british ke atas kuasa-kuasa mereka. Ini menyebabkan pihak british menganjurkan dasar pengagihan kuasa pusat. Tetapi pedagang-pedagang cina dan eropah telah membantah kerana mereka bimbang akan kehilangan peluang menikmati hasil ekonomi jika beberapa buah jabatan seperti jabatan perhutanan dan perlombongan di letakkan di bawah penguasaan negeri. Bantahan ini merupakan satu amaran kepada orang melayu bahawa jika mereka tidak sedar daripada kelalaian mereka. Maka tuntutan asing akan menamatkan hak istemewa orang melayu sebagai rakyat peribumi.

            Zaman kemelesetan pula pada tahun 1920an dan 30 an juga menyaksikan keburukan kedudukan ekonomi orang melayu. Mereka terpaksa berhutang kepada orang pertengahan serta peminjam wang berbangasa cina dan india. Akibat kemelesetan, apabila kerajaan cuma mengurangkan kakitangannya, wakil kaum melayu di dalam majlis mesyuarat persekutuan yang berpendidikan inggeris telah menuntut supaya orang melayu di beri pertimbangan khas dan mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan.

            Langkah seterunya ialah mempertahankan kepentingan orang melayu telah bermula disingapura apabila Mohammad Yunos abdullah dilantik sebagai anggota melayu yang pertama dalam majlis perundangan negeri-negeri selat. Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah melayu di kampung gelam dan melanjutkan pelajarn ke raffles institution. Pada tahun 1893 -94, semasa di singapura mohammad Yunos abdullah mendapati dikalangan orang islam sendiri, masarakat melayu terpaksa menerima kepimpinan orang arab dalam hal ehwal agama, perniagaan dan penerbitan majalah.

            Mohammad Yunos abdullah sedar tentang keperluan satu parti politik untuk menjaga hal-hal orang melayu. Pada tahun 1926, kesatuan melayu singapura telah dibentuk dan ianya merupakan tanda awal bagi petubuhan parti politik di tanah melayu pada tahun 1940an. Tujuan peubuhan parti ini ialah untuk meningkatkan pencapaian ekonomi dan sosial orang melayu dan jJuga untuk mewakili hak orang melayu dalam kerajaan. Pendek kata penubuhan kesatuan melayu singapura merupakan 'turning point' terhadap pemikiran politik di kalangan orang melayu. Disinilah juga masyarakat melayu mula bersatu padu untuk menyuarakan hajat mereka.

            Kejayaan pertama melalui perwakilan ini tercapai pada tahun 1928, apabila kerajaan memperuntukkan satu kawasan tanah yang luas bagi orang melayu untuk mendirikan sebuah kampung. Ini adalah satu langkah untuk memastikan orang melayu turut mendapat faedah daripada harga tanah yang kian meningkat. Cawangan kms telah ditubuhkan di Melaka dan Singapura pada tahun 1937. Disamping itu telah wujud kesatuan-kesatuan lain yang dianggotai oleh pegawai-pegawai melayu berpangkat tinggi dalam kerajaan. Timbul pula kesatuan-kesatuan dan kelab-kelab baru sseperti kelab persaudaraan pena (1937) yang menekankan perlunya usaha-usaha bersama bagi mengatasi masalah-masalah bersama.

            Langkah selanjutnya ke arah perpaduan orang melayu telah dibuat apabila satu kongres kebangsaan bagi persatuan-persatuan seperti persatuan melayu pahang, persatuan melayu selangor telah diadakan dikuala lumpur pada tahun 1939. Kongres ke dua telah diadakan pada tahun 1940. Tujuan kongres ini ialah untuk memperkuatkan lagi usaha untuk memajukan orang melayu. Walau bagaimanpun mereka masih belum lagi mendapat persetujuan mengenai penubuhan persatuan bersifat kebnagsaan daripada pihak kerajaan menjelang tahun 1941.

No comments:

Post a Comment

Reading

SISTEM KESIHATAN DI ERA PENJAJAHAN BRITISH

  Pendahuluan             Kedatangan pihak penjajah sememangnya telah membawa maksud perubahan dalam asepk politik, skonomi dan social d...