Friday 23 October 2020

SISTEM KESIHATAN DI ERA PENJAJAHAN BRITISH

Pendahuluan

            Kedatangan pihak penjajah sememangnya telah membawa maksud perubahan dalam asepk politik, skonomi dan social di tanah Melayu. Perkembangan yang dirasai dalam aspek ekonomi juga secara langsung telah mempengaruhi aspek kesihatan di tanah Melayu. Perkembangan yang dirasai dalam aspek ekonomi juga secara langsung telah mempengaruhi aspek kesihatan di tanah Melayu. Pada sekitar abad ke-19, negeri2 di tanah melayu menghadapi masalah kesihatan yang serius. Kebanyakan factor yang menyumbang kepada kematian yang tinggi adalah di sebabkan oleh penyakit-penyakit seperti kolera, malaria, beri-beri, taun dan sebagainya. Oleh sebab itu, kerajaan British telah melakukan tindakan yang bijak dalam membendung penularan wabak penyakit ini. Antara langkah yang diambil ialah dengan menubuhkan hospital. Walaupun pada peringkat awal penubuhan hospital hanya untuk kemudahan pegawai british dan golongan elit sahaja, namun begitu, british mula membuka hospital kepada orang ramai. Mereka telah menubuhkan hospital dan membuka wad-wad khas untuk orang tempatan. Walaupun begitu, hospital yang didirikan adalah dengan menggunakan bajet yang rendah. Hospital yang pertama telah dibina di Negeri-Negeri Melayu iaitu hospital yang telah dibina oleh Yap Ah Loy, dimana hospital ini dibina khusus untuk pelombong-pelombong Cina yang sakit di sekitar Kuala Lumpur. Lama kelamaan bilangan hospital ini bertambah.

Faktor Masyarakat Melayu Enggan Menerima Kemajuan Kesihatan Yang Diperkenalkan Oleh British

Bertentangan Dengan Hukum Syarak

Masyarakat Melayu pada awalnya memberikan reaksi negatif terhadap perkembangan kesihatan yang dibawa oleh British ini. Kesalahfahaman masyarakat Melayu berlaku apabila mereka menganggap segalanya yang datang daripada Barat adalah haram dan melanggar hukum syarak. Hal ini kerana terdapatnya perbezaan ketara antara orang melayu dan eropah dari segi budaya dan corak hidup. Orang Melayu tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah perubatan moden yang menggunakan suntikan, pembedahan dan sebagainya. Masyarakat Melayu menganggap kaedah suntikan yang digunakaan adalah haram dari segi syarak. Bagi mereka, memasukkan sesuatu kedalam badan yang tidak jelas kandungannya adalah haram. Selain itu, orang melayu juga mengatakan bahawa ubat kuinin yang diperkenalkan dan disebarkan adalah haram kerana dibuat daripada tulang anjing dan turut mengandungi alkohol.

Pekerja Hospital Adalah Orang Bukan Islam

            Satu lagi faktor penting yang dianggap oleh masyarakat Melayu pada waktu itu yang melanggar hukum syarak apabila hospital-hospital kebanyakan kakitangannya terdiri daripada doktor-doktor Eropah yang berpengalaman serta penolong-penolong mereka namun ia masih lagi tidak berjaya meyakinkan orang tempatan. Ini kerana semua pakar-pakar ini terdiri daripada orang asing dan bukanlah beragama Islam. Mereka menganggap apabila ketika menerima rawatan daripada orang bukan Islam dan bersentuhan dengan orang bukan Islam, ini adalah haram disisi agama Islam . Oleh hal yang demikian,  masyarakat Melayu sukar menerimanya kemajuan kesihatan yang dibawakan oleh British ini. British bagaimanapun sedar tentang faktor yang menghalang ini dan telah merancang untuk mengambil orang melayu dalam bidang kesihatan.

Kepercayaan Kepada Sistem Perubatan Tradisional

      Sebelum kemasukkan British di Tanah Melayu, masyarakat tempatan sudah memiliki kepercayaan mereka sendiri dalam kehidupan. Kepercayaan tradisi mereka ini sangat kuat pengaruhnya sehingga British sukar untuk menerapkan perkhidmatan kesihatan yang baru serta lebih baik kepada mereka. Hal ini juga kerana, perubatan secara tradisional tersebut telah digunakan secara meluas penduduk tempatan di setiap negeri di Tanah Melayu. Terdapatnya ikatan yang begitu rapat antara masyarakat Melayu dan kaedah perubatan tradisional. Kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu, yakin terhadap bomoh kerana mereka amat percaya bahawa segala penyakit yang berlaku amat berkaitan dengan kuasa ghaib dan hanya orang yang boleh berhubung dengan kuasa ghaib seperti bomoh sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit yang dialami. Antara, bentuk perubatan tradisional yang diberikan bomoh kepada pesakit seperti melalui jampi. Dengan bentuk rawatan ini iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran dan dibacanya, ini mendorong kepada tahap kepercayaan masyarakat tempatan adalah lebih tinggi. Peranan yang dimainkan oleh bomoh atau pawang adalah lebih menonjol berbanding dengan pakar-pakar perubatan yang telah dibawa masuk. Contohnya di Kedah, peranan bomoh bukan sahaja dikatakan untuk merawat serta menyembuhkan penyakit malah bomoh juga turut berperanan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kedah seperti upacara mendirikan rumah baru, berpindah rumah dan upacara perkahwinan. Kesan daripada semua ini menyebabkan masyarakat tempatan lebih meyakini serta mempercayai perkhidmatan bomoh itu.

Hospital Lebih Tertumpu Kepada Orang Eropah

Selain itu, hospital-hospital yang didirikan itu dikatakan lebih mementingkan golongan Eropah dan mereka yang berkepentingan. Walaupun sudah terdapat kesedaran oleh pihak British tentang bahayanya penyakit dan wabak jangkitan yang mana ia mula melanda rakyat pada ketika itu dan mereka mula memperluaskan perkhidmatan kesihatan, namun dalam memberikan rawatan di hospital didapati masih lagi cenderung terhadap kedudukan dan status yang masih lagi memainkan peranan penting. Pada tahun 1920 terdapat 20 buah hospital yang telah dikhaskan kepada orang-orang Eropah sahaja, manakala terdapat sebuah hospital yang dikenali sebagai Pauper Hospital yang dikhaskan kepada masyarakat miskin. Keadaan ini yang mengakibatkan masyarakat tidak berpuas hati serta sukar untuk menerima rawatan di hospital. Bagi mereka rawatan yang terbaik dan berkualiti telah diterima oleh orang-orang Eropah, golongan elit serta mereka yang berkepentingan. Walaupun,  masyarakat tempatan yang miskin turut diberikan rawatan kesihatan namun, rawatan yang diberikan tersebut adalah tidak berkualiti berbeza dengan golongan yang lebih penting tersebut yang mendapat rawatan yang berkualiti. Dari segi penyediaan wad-wad pula, bagi orang-orang miskin hanyalah disediakan wad-wad yang biasa sahaja berbanding dengan orang-orang Eropah yang dapat mendiami wad-wad yang lebih selesa. Makanan yang disediakan kepada pesakit juga adalah makanan yang tidak berkualiti dan disediakan oleh orang bukan Islam. Keadaan ini adalah salah  satu faktor penolakkan masyarakat terhadap pekhidmatan kesihatan yang diwujudkan oleh British.

Hospital Dibina  Juah Di Bandar dan Pandangan Negatif  Terhadap Hospital

            Kebanyakan hospital yang ditubuhkan oleh pihak British lebih tertumpu di kawasan Bandar dan ini telah menyebabkan masyarakat tempatan  ketika itu tidak berupaya mendapatkan khidmat perubatan, kerana mereka tinggal berjauhan serta tidak mempunyai kemudahan pengangkutan yang disediakan disamping jarak perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan ketiadaan jalan perhubungan yang baik pada ketika itu. Keadaan ini amat menyulitkan masyarakat tempatan. Hospital-hospital yang dibina adalah pada peringkat awal lagi, contohnya dapat dilihat di negeri Selangor apabila kewujudan hospital pada tahun 1880-an lagi. Namun kebanyakan hospital yang ditubuhkan itu lebih tertumpu di kawasan bandar besar sahaja.

            Terdapat juga pandangan negatif terhadap rawatan di hospital yang mengatakan bahawa orang yang tinggal dihospital merupakan orang yang sebatang kara (tidak ada ahli keluarga yang mahu menjaganya). Orang melayu tidak mahu ke hospital kerana rasa terbuang. Ada juga yang menganggap bahawa hospital merupakan rumah mayat dah berhantu. Orang Melayu pada waktu itu juga, tidak sanggup untuk menunggu dalam masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital dan adakalanya ianya memakan hari untuk membolehkan mereka dirawat.  Kos perkhidmatan pula dikatakan tinggi dan orang melayu yang pada waktu itu hanyalah terdiri daripada golongan bukan berada. Keadaan ini telah membantutkan keinginan masyarakat untuk pergi mendapatkan rawatan.

Kesimpulan

            Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa masyarakat Melayu pada awalnya enggan menerima kemajuan perubatan yang diperkenalkan ekoran bertentangan dengan hukum syarak namun masyarakat melayu tidak hanya berpegang kepada satu faktor itu sahaja, terdapat beberapa lagi faktor yang dinyatakan telah menjelaskan mengapa masyarakat melayu enggan menerima kemajuan perubatan yang dibawa. Namun begitu, persepsi ini telah berubah selepas British bijak menjalankan strategi dalam menjalankan kemajuan yang dapat mengikut kehendak masyarakat Melayu pada waktu itu dan masyarakat juga sedar tentang kepentingan menerima kemajuan perubatan. apa yang dapat disimpulkan mengenai kemajuan kesihatan yang dibawa masuk oleh British adalah suatu usaha bagi meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk.          Hal ini kerana dengan kemajuan perubatan atau yang lebih moden mampu mengatasi masalah penyakit yang semakin lama semakin berbahaya kepada penduduk tempatan. Walaupun, pada awalnya masyarakat tempatan berkeras enggan untuk menerima kemajuan kesihatan daripada British yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak, namun dengan kebijaksanaan British iaitu memahami bentuk pemikiran orang Melayu telah memberi kesan yang positif dalam membawa masyarakat tempatan menerima khidmat kesihatan British tersebut. Selain itu, British juga bersama kerajaan negeri bertanggugjawab dalam menyediakan kemudahan kesihatan kepada masyarakat tempatan serta pekerja-pekerja asing yang bekerja di Tanah Melayu.

Kedudukan Sultan Selepas Kedatangan British

Pengenalan

            Stratifikasi sosial merupakan pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa strata atau lapisan sosial yang disusun dalam satu hierarki kedudukan. Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang dimainkan dalam masyarakat. Lapisan-lapisan ini tidak sama atau tidak setaraf dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, tanggungjawab dan sebagainya. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Melayu, dapat dilihat bahawa telah wujud dua bahagian iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah secara amnya terdiri daripada kerabat diraja dan Sultan sebagai kuasa tertinggi, manakala golongan diperintah pula terdiri dari rakyat jelata. Kemasukan Brirish ke tanah Melayu dikatakan telah menjejaskan stratifikasi sosial di Tanah Melayu terutamanya dalam membabitkan kedudukan Sultan atau Yang Dipertuan. Sebenarnya, kedudukan Sultan telah diperteguhkan lagi dalam stratifikasi sosial masyarakat Melayu tradisional semasa kedatangan British. Hal ini dapat dilihat dimana British masih mengekalkan kedudukan Sultan atau Yang Dipertuan dalam sistem pemerintahannya disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Walaupun kedudukannya semakin diperteguh, namun fungsi dan kuasa Sultan telah berkurangan dan Sultan telah dianggap sebagai boneka ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.

Kedudukan Sultan Dalam Era Tradisional

            Sultan atau Yang Dipertuan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat melayu dan berkuasa penuh dalam unit politik yang terbesar iaitu negeri dan juga tanah jajahan takluknya. Sultan juga dianggap sebagai lambang atau simbol perpaduan masyarakat Melayu. Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi. Peranan Sultan adalah sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Sultan juga merupakan wakil negeri dalam hal ehwal negeri dan pertahanan disamping menjadi lambang kesatuan atau kebesaran negeri. Sultan merupakan pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan takluknya. Baginda juga bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat.

            Martabat Sultan disokong oleh konsep kesucian dan kekuatan luar biasa. Martabat Sultan dipertontonkan kepada rakyat dalam proses menjadi seorang Sultan dalam sebuah upacara di dalam sebuah negeri. Kedudukan Sultan ini diperkukuhkan lagi dengan adanya konsep daulat dan derhaka yang sangat digeruni oleh rakyat pada ketika itu. Dengan adanya konsep ini, rakyat akan memberikan taat setianya terhadap Sultan. Oleh kerana rasa patuh dan taat setia kepada Sultan, telah munculnya satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan dalam kalangan masyarakat Melayu. Sultan berhak mendapat perkhidmatan percuma daripada hamba abdi, orang berhutang dan rakyat jelata yang dikerah bekerja pada bila-bila masa sahaja. Sultan juga memiliki cop mohor sebagai lambang kekuasaannya dan mempunyai sumber ekonomi yang banyak. Sultan memperoleh kekayaan daripada pelbagai sumber, antaranya cukai-cukai tanah, ternakan, tanaman, perdagangan, ufti daripada jajahan takluknya, royalty, hadiah daripada pedagang luar dan denda membuat kesalahan.

Kedudukan Sultan Selepas Kedatangan British

            Selepas kedatangan British, telah berlaku perubahan terhadap stratifikasi sosial masyarakat Melayu. Setiap negeri Melayu kecuali Pulau Pinang dan Melaka, Sultan masih merupakan pemerintah tertinggi dan simbol kesatuan tetapi kuasa politik dan ekonominya banyak dikurangkan. Kedatangan British telah mengukuhkan lagi kedudukan Sultan dalam stratifikasi sosial masyarakat Melayu. Sultan masih berada di kemuncak pemerintahan malah diperkuatkan lagi kedudukannya oleh British. British hanya berkuasa dari segi hubungan luar bagi Negeri-negeri Melayu yang bukan jajahan British. Sebagai negeri lindungan, kedaulatan sesebuah negara masih kekal ditangan Sultan atau yang Dipertuan. Sultan penting untuk dipelihara dan dijaga kedudukannya. Pengaruh Sultan penting sebagai alat menumpukan taat setia rakyat kepada kerajaan. Unsur pengaruh ini dilihat penting kepada pihak British dan ia harus diperteguhkan. British mempertahankan kedudukan Sultan supaya berada dia atas stratifikasi sosial dengan mengambil peranan eksekutif. Kuasa politik terletak di tangan pegawai tadbir British khasnya Residen. Pentadbiran Negara dikendalikan oleh Kerajaan Negeri di bawah kawalan British dan Kerajaan Negeri yang berhak mengutip cukai untuk membiayai urusan pentadbiran. Peranan pembesar telah ditarik satu persatu dan peranan ini diisi dengan birokrasi British. Umumnya, dapat dikatakan bahawa, sistem pendtabiran ataupun organisasi sosial masyarakat Melayu tradisional telah digantikan dengan organisasi yang lebih birokratik. Stratifikasi inilah yang mendokong Sultan terus berada di kemuncak.

Perkara Yang Terjejas Selepas Kedatangan British

Politik

            Sebelum kedatangan British, Sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara serta menyerahkan hak untuk mentadbir daerah dan mengutip cukai kepada pembesar. Tetapi, selepas kedatangan British, kuasa Sultan menjadi terhad dan hanya boleh menyentuh hal mengenai adat istiadat Melayu dan hal keagamaan sahaja. Hal ini kerana sistem pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh British iaitu sistem Residen. Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran yang dinamakan sistem pemerintahan tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu ini kerana Sultan terpaksa menerima seorang Residen Inggeris yang akan menasihati baginda dalam semua hal pentadbiran kecuali adat istiadat dan hal keagamaan. Namun, hakikatnya pentadbiran negeri terletak di tangan Residen dan mereka bertindak atas nama Sultan-Sultan Melayu. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa pentadbiran kerana semua di bawah kawalan Residen British dan Sultan mestilah menerima nasihat Residen British dalam semua perkara. Antara contoh Residen Inggeris ialah J.G. Davidson yang merupakan Residen Inggeris pertama yang dilantik di Selangor. Di era British, perlantikan seorang Sultan dilakukan oleh British mengikut kehendak mereka. Misalnya perlantikan Sultan Perak pada 1920, British telah mengharamkan perlantikan keturunan Raja Chulan akibat peristiwa pembunuhan Residen British iaitu J.W.W. Birch. Elemen perlantikan telah djalankan secara difaktor iaitu perlantikan telah beralih kepada Brtish.

Sosial

            Adat istiadat merupakan elemen yang amat penting bagi golongan atasan. Sebelum kedatangan British, terdapat upacara mengadap Sultan yang penuh dengan adat dan istiadat dan dilakukan di Balairong. Dalam upacara ini, rakyat dapat melihat ketinggian kedudukan seorang Sultan dan mempertontonkan hubungan pembesar dengan rakyat. Istiadat mengadap raja ini diraikan dengan penuh meriah. Sultan berpakaian serba lengkap, berwarna kuning kerana warna kuning ialah warna diraja, warna untuk pakaian rasmi dan peralatan istana. Alat-alat kebesaran turut tersergam semasa upacara berlangsung seperti ketur, kendi, tombak berambu dan lain-lain. Alat-alat kebesaran ini hanya boleh digunakan di istana sahaja. Terdapat juga barang yang menjadi lambang kebesaran seperti lembing, cap mohor, keris, payung, dan kendi yang digunakan unuk memperlihatkan kekuasaan baginda. Selepas kedatangan British, adat mempertontonkan kedudukan pembesar tidak lagi diamalkan dan fungsi balai telah hilang. Upacara penganugerahan juga hanya dijalankan di istana. Sultan tidak lagi dilindungi dengan adat istiadat yang meninggikan dirinya. Rakyat pula hanya keluar dan pergi ke majlis tersebut sebagai tanda hormat.

Ekonomi

            Sebelum kedatangan British, Sultan atau Yang Dipertuan pada zaman tradisional amat bergantung kepada para pembesar untuk memberikan pendapatan melalui 1/10 yang diberikan oleh rakyat kepada Sultan. Selepas kedatangan British, sistem Residen telah mengawal dan mengambil alih cukai tradisional. Sultan telah diberikan pendapatan tetap. Pendapatan Sultan telah termasuk dalam senarai bulanan British dan pendapatan baginda telah ditetapkan. Pendapatan Sultan juga bergantung pada kedudukan ekonomi dan kekayaan negeri. Monopoli Sultan dalam cukai candu, garam dan tembakau juga telah dihapuskan selepas kedatangan British. Contohnya, pada tahun 1890-1895, Swettenham telah berkali-kali dikunjungi oleh Sultan Idris meminta agar pendapatan baginda dinaikkan dan Swettenham berasa simpati namun beliau tidak mempunyai kuasa kerana keputusan terletak ditangan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sebagai langkah untuk menenangkan Sultan Idris, beliau memberi konsesi bijih timah di Kampar, Perak kepada Sultan Idris.

Gaya Hidup Sultan

            Sebelum kedatangan British, Sultan sering beriadah bersama rakyat dengan menyabung ayam. Sultan juga gemar memburu dan lazimnya akan membawa pengikut seramai kira-kira 40 orang semasa memburu. Selepas kedatangan British, telah berlaku perubahan dalam gaya hidup Sultan. Sultan lebih banyak berada di dalam istana dan hanya hadir dalam upacara-upacara rasmi sahaja. Pengkelasan ini dilakukan oleh British adalah bertujuan memisahkan kedudukan Sultan dan rakyat. Aktiviti sabung ayam dan berburu telah digantikan dengan permainan seperti polo, golf dan lawn tenis. Hal ini berlaku kerana wujudnya pertemuan dengan dunia eropah yang membawa kepada perubahan sosial. Sebagai contoh, Sultan telah mula memakai kot semasa menghadiri upacara rasmi.

Hubungan Sultan Dengan Pembesar

            Sebelum kedatangan British, hubungan Sultan dengan pembesar amat rapat. Hal ini dapat dilihat dalam adat mempertontonkan kedudukan pembesar yang dilakukan dengan penuh adat dan istiadat. Pembesar akan dilantik menerusi sepucuk surat tauliah dan dengan pemberian sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Kedudukan pembesar disisi Sultan begitu tinggi. Kunci kepada sistem politik ialah pembesar. Pembesar bertanggungjawab sebagai pengantar diantara Sultan dengan rakyat. Peranan pembesar meliputi politik, ekonomi dan sosial. Pembesar bertanggungjawab terhadap raja sama ada dalam aspek menyediakan tenaga kerja, menyelesaikan perselisihan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan, pelaksanaan hukuman, mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada rakyat dan membekalkan tenaga tentera. Pembesar-pembesar memperolehi pendapatan melalui aktiviti perlombongan dan cukai. Sultan bergantung kepada pembesar untuk mendapatkan pendapatan. Dalam hal ini, rakyat, pembesar dan Sultan saling bergantung. Rakyat akan memberikan 1/10 hasil kepada pembesar, manakala pembesar pula akan memberikan 1/10 hasil yang diterimanya dari rakyat kepada Sultan. Kehilangan hak mengutip cukai oleh pembesar juga telah menyebabkan Sultan tidak dapat bergantung kepada pembesar lagi untuk mendapatkan pendapatan selepas kedatangan British.

Selepas kedatangan British, banyak perkara yang telah berubah. Adat mempertontonkan kedudukan pembesar tidak lagi diamalkan di balairong dan menyebabkan hubungan diantara Sultan dengan pembesar semakin renggang. Hal ini berlaku kerana British tidak mahu Sultan bergantung kepada pembesar sebaliknya mahukan Sultan bergantung kepada British. Pembesar juga tidak lagi mempunyai hak untuk memilih pengganti Sultan. Hubungan pembesar dengan Sultan hanya dihadkan kepada persidangan majlis yang membincangkan tentang hubungan luar dan peristiwa istiadat seperti pertabalan. Persidangan juga dilakukan dalam meja bulat. Hubungan Sultan dengan pembesar tidak akan sama seperti di era tradisional kerana pembesar-pembesar ini dipilih oleh Brtitsh. Walaupun gelaran ini masih kekal, namun fungsinya sudah tidak sama. Pembesar yang dipilih sebagai pegawai British akan dilantik dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pembesar ini bertanggungjawab terhadap Residen British dan bukannya lagi terhadap Sultan. Residen pula akan berbincang dengan Sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan tidak dapat mengetahui perkembangan negerinya.

Hubungan Sultan Dengan Rakyat

            Sebelum kedatangan British, rakyat amat bergantung kepada Sultan untuk mendapatkan hak milik tanah, tentera, cukai, laksanakan hukuman dan boleh mendapatkan pengampunan dari Sultan. Rakyat  juga akan diarahkan untuk menyumbang tenaga kerja secara percuma kepada pemerintahan melalui sistem kerah. Mereka juga dikehendaki untuk menyerahkan sebahagian hasil tanaman mereka kepada pemerintah dan membayar cukai yang ditetapkan atas pemilikan tertentu. Pada waktu itu, Sultan memberi perlindungan sosial kepada rakyat kerana kuasa untuk menjatuhkan hukuman dan pengampunan terletak ditangan Sultan. Sultan juga wajib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah.   

            Selepas kedatangan British, kebergantungan rakyat semakin berkurangan dan hubungan Sultan dengan rakyat semakin renggang. Hal ini berlaku kerana, Sultan tidak lagi berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat. Kes jenayah akan dirujuk kepada balai polis. Hakim dan majistret British juga telah mengambil alih peranan Sultan dalam mengadili kes jenayah dan sivil rakyat tempatan. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang-undang jenayah British dengankeputusan muktamad terletak di tangan majistret dan Residen.  Dalam proses pemilikan tanah pula, rakyat perlu ke pejabat tanah untuk memohon hak milik dan cukai tanah akan dikenakan.

Suasana perlindungan oleh Sultan tidak diperlukan lagi. Ciri kebergantungan ditarik satu persatu dan hubungan antara Sultan dan rakyat juga disekat oleh pihak British. Walaupun hubungan Sultan dengan rakyat semakin renggang, namun terdapat hubungan sulit di antara Sultan dengan rakyat di negeri-negeri tertentu. Hal ini adalah untuk Sultan mengetahui perkembangan negerinya melalui individu yang dilantik secara rahsia. Individu yang dilantik adalah dari kalangan rakyat biasa dan bukannya pembesar. Kebiasaannya dipilih dari golongan Jawi Peranakan kerana mahir dalam pelbagai bahasa seperti Jawa, Inggeris, Melayu dan Tamil. Mereka juga menjalankan kegiatan secara rahsia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatlah dilihat bahawa dalam stratifikasi sosial masyarakat Melayu, kedudukan Sultan atau Yang Dipertuan masih lagi berada di kemuncak walaupun semasa perluasan British di negeri-negeri Melayu. British telah mengukuhkan lagi kedudukan Sultan dalam stratifikasi sosial masyarakat Melayu untuk menjaga dan memastikan rakyat jelata tidak memberontak dan bangkit menentang pihak British. Hal ini kerana bagi masyarakat Melayu, Sultan merupakan lambang perpaduan dan lambang kesatuan dalam masyarakat. Namun, perluasan kuasa yang dilakukan oleh pihak British telah menyebabkan kuasa Sultan telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan ekonomi. Bidang kuasa Sultan dan pembesar sangat terbatas seperti mereka tidak diberikan hak untuk menggunakan kekuatan dan kuasa untuk memungut cukai, dan mereka terpaksa mengikut undang-undang British. Peranan Sultan atau Yang Dipertuan telah terjejas dan dibentuk mengikut acuan dan rancangan British sehinggakan Sultan atau Yang Dipertuan telah dianggap sebagai boneka ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.

Perjalanan mengejar cita (Guru Interim)

 Fuhhh....lama tidak menulis dek kerana kesibukan mengejar urusan dunia.

ok tak nak mukadimah panjang-panjang huhu, kali ni saja nak kongsi perjalanan sebelum bergelar sebagai guru INTERIM. 

Permohonan GURU INTERIM pada tahun 2019 masa ni tahun terakhir sebagai pelajar MASTER di UPSI. Tidak terdetik langsung akan mendapat rezeki sebesar ini Alhamdulillah. Link permohonan GURU INTERIM kalu saya tidak silap hanya buka seminggu sahaja, alang-alang sudah habis belajar jadi saja isi tapi tidaklah meletakkan harapan yang tinggi. Memandangkan pada waktu tersebut sudah selesa bergelar sebagai pekerja dalam sektor swasta hehehhe...

Ok, lepas selesai submit permohonan dalam seminggu macam tu keluar lah senarai nama yang permohon yang berjaya menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) . Walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi tapi rasa berdebar tu ada juga. Lepas baca segala doa saya pon beranikan diri untuk periksa dan Alhamdulillah nama tersenarai. 

Maka keluarlah satu tarikh dan surat yang mengarahkan calon untuk menduduki ujian tersebut. Oleh kerana saya memilih Sabah sebagai lokasi mengajar maka saya perlu menduduki ujian tersebut di negeri yang dipilih. Bermula lah perjalanan penuh dramatik kerana saya pada waktu tersebut bekerja di Kuala Lumpur. Jadi terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang. Ermm tapi xapalah smoga pengorbanan ini berbaloi, detik dalam hati supaya diri sentiasa positif. 

UKCG - Jangan risaw soalan umum dan bukan berfakta, ianya lebih kepda ujian personaliti dan jawab sahaja dengan JUJUR In Shaa Allah semuanya akan ok. Tips, masa ujian dengaralah arahan yang diberikan kerna jika tidak kelayakkan anda kemungkinan akan di tarik balik. (Berlaku depan mata saya sendiri kertas ujian calon di rampas kerana tidak mendengar arahan yang diberi) jadi pless ikut arahan ok.

Dalam 2 minggu macam tu nama calon yang lulus ujian kelayakan pon keluar dan Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya...syukur sangat. Sekali lagi pusat temuduga diadakan di Sabah (IPG Gaya) Kota Kinabalu. Time tu tengah rush nak submit Thesis pulk memang bergerak pantas dengan kerja company lagi....Fuhhh.

Temuduga - Ok untuk temuduga kita akan dibahagikan kepada kumpulan (1 kumpulan 5 orang) dan semasa proses temuduga buatlah persiapan. Persiapan paling penting adalah latihan mengajar (rancang tajuk, bahan bantu mengajar, buat latihan mengajar depan cermin) tujuannya agar kita tidak gementar di hadapan kawan2 dan penemuduga. Walaupun tidak diminta untuk menyediakan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) tapi In Shaa Allah usaha yang lebih pasti akan dilihat. Ok dalam bilik nanti selain mengajar kita akan di tanya perkara berkaitan dengan isu semasa. Soalan yang ditanya secara bergilir-gilir dan ada juga secara sukarela. Jadi anda mesti menjadi orang yang aktif bercakap dan melontarkan idea atau pendapat. Perkara paling penting apabila di tanya mengenai penglibatan sukan, seminar atau jawatan semasa belajar, sebutkan semua penglibatan anda kerana dalam bilik temuduga kita tidak membawa sijil-siji jadi penemuduga tidak mengetahui seaktif mana kita semasa di Unversiti.

Tips: Sebelum masuk bilik temuduga pastikan anda cukup bertenang agar mendapat keberanian dan idea-idea senang keluar. Jnagan gementar dan hanya fikir untuk buat yang terbaik. 

Selepas proses temuduga, menunggu dalam 2 minggu macam tu senarai nama yang berjaya pon keluar. Sekali lagi syukur sangan sebab nama tersenarai. Nampak tak pengorbanan tu walaupun org lain tidak nampak tapi Tuhan Maha Mengetahui. Bayangkan ulang alik KL-KK dalam masa yang sama rush nak submit projek akhir dan kerja audit company...fuhh memang kepala macam nak pecah dan penat tu jangan cakaplah sampaikan kena tido di surau airport ( KK) seorang diri dengan suasana sunyi. Sepanjang proses tu memang banyak berserah kepada-Nya. Alhamdulillah walaupun posting lambat di sebabkan COVID tapi syukurlah sekarang sudh lebih kurang 6 bulan mengajar. 

 Untuk yang tengah berjuang teruskan jangan berputus asa dan rebutlah setiap peluang yang ada, semoga yang membaca dipermudahkan segala urusan dan dapat mencapai segala impian dengan izin-Nya Ameennn...

Thursday 27 September 2018

RESIDEN BRITISH

Pengenalan
Sebelum British campur tangan di  Tanah Melayu secara rasmi pada tahun 1874,British mengamalkan dasar campur tangan secara tidak formal, iaitu mereka terlibat dalam hal ehwal politik tempatan. Sistem residen diperkenalkan di Tanah Melayu pertama kalinya pada tahun 1874  bermula di Perak,berlanjutan ke negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem ini berlaku akibat termeterainya  Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874[i]. Kuasa dan kedudukan sultan dapat dilihat mula tergugat disebabkan kuasa sultan ke atas pentadbiran di peringkat negeri dan sebagainya diambil alih oleh Residen British, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama islam dan adat istiadat Melayu.Lantaran daripada pengambil alihan kuasa ini, tugas Residen yang pada amnya menasihati dan bulan memerintah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemerintah tempatan terutamanya sultan  dan pembesar-pembesar yang ada.Faktor muka bumi dan kaya dengan hasil galian,kesuburan tanah serta kedudukan  Tanah Melayu yang strategic, boleh member kepentingan kepadanya iaitu dari segi ekonomi berikutan daripada revolusi perindustrian iaitu yang berlaku di Negara asalnya.
         Masalah yang berkaitan dengan pertelingkahan dan permusuhan antara kongsi gelap, perebutan kuasa dan sebagainya, juga merupakan satu perkara yang menarik minat British untuk menguasai Tanah Melayu, keadaan ekonomi yang dikatakan semakin merosot  juga menarik minat British untuk menguasai Tanah Melayu.
Peranan dan tanggung jawab Residen
Politik dan Pentadbiran
Peranan dan tanggung jawab British dalam politik dan pentadbiran di Tanah Melayu ialah dengan mengamalkan pentadbiran yang berasaskan zaman Pra –Kolonial, peranan  dan tanggungjawab pembesar melayu dihadkan iaitu mereka hanya boleh campurtangan dalam hal adat istiadat Melayu dan agama islam, pembesar tampatan yang beperanan untuk membentuk pentadbiran dan sebagainya di Tanah Melayu, kini disekat Residen British lantraran daripada peristiwa hak dan peranan orang melayu mula tergugat, ini kerana saultan atau raja-raja melayu perlu mendapat nasihat dan persetujuan Residen Britsh apabila hendak memula dan mengemukakan sesuatu sesuatu persetujuan, Status ketertinggian kuasa pembesar tempatan di pandang remeh oleh pihak British. Sistem pentadbiran di tanah melayu mula di ubah kepada pentadbiran yang lebih moden dan berasaskan pentadbiran British, kuasa atau power residen menjadi semakin luas.
Hak memungut cukai sebagai contohnya hendaklah dikutip oleh pegawai kerajaan negeri yang dikatakan bertujuan untuk mremperbaiki keadaan keawangan, menjelaskan hutang-piutang negeri-negeri dan membayar gaji pegawai kerajaan . Pegawai kerajaan juga dilantik untuk menjalankan tugas yang sebelum ini dijalankan oleh pembesar melayu.Kuasa residen dapat dilihat melalui beberapa perkara iaitu mentadbir urusan harian, seperti hal yang berkaitan dengan tanah, perhutanan, keawangan, keamanan negeri dan memajukan negeri dan pentadbiran awam. Dasar-dasar yang diperolehi di negeri-negeri melayu dipengaruhi oleh residen British. Pentadbiran berasaskan Barat diperkenalkan kepada pembesar-pembesar Melayu. Majlis mensyuarat negeri ditubuhkan bagi member peluang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan tentang pentadbiran di negert-negeri melayu, contohnya yang berkaitan  dengan peruntukan negeri dan memajukan negeri.Residen British juga bertanggungjawab untuk melantik penjawat jawatan awam sebagai palaksana segala keputusan yang telah diambil oleh majlis mensyuarat negeri untuk menjalankan pendadbiran.
Penubuhan  sebuah Majlis Mensyuarat negeri diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengemukakan pelbagai pandangan yang berkaitan dengan ketidak puasan masyarakat tempatan ke atas tugas Residen British.Penubuhan Pasukan Polis yang terdiri daripada orang Punjap ditubuhan oleh Residen British Iaitu Hugh Low.Kuasa residen juga dapat dilihat lebih luas  berdasarkan keluasan negeri. Contohnya kampug kepada daerah, dan daerah kepada negeri, dan seterisnya kepada Majlis mensyuarat negeri-negeri.Terdapat pelbagai tugas yang perlu di selaraskan oleh residen, iaitu sebagai contohnya Do atau District Officer bertanggungjawab mengutip hasil cukai tanah, mengawasi penghulu di setiap daerah, mengeluarkan lessen untuk memotong pokok dan memungut hasil hutan, bertindak sebagai Syahbandar di kawasan pelabuhan, menjaga sub-perbendaharaan daerah, dan menjadi hakim kepada kes sivil dan jenayah dan terdapat beberapa hukuman yang dikenakan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak British yang  banyak menggunakan pendekatan daripada negeri sendiri.Hukum kanun yang berkaitan dengan laut dan yang menderhaka juga di kenakan.Residen juga diberi kepercayaan untuk melantik ketua kerani, Polis, Jurutera, majestret,renjer hutan dan akauntan. Jawatan ini diisi oleh orang British pada amnya, dan dapat dilihat masyarakat melayu di pingirkan .Masyarakat  melayu tidak berpeluang untuk mempelajari asas pekerjaan yang berkaitan dengan profesyen di kelas atasan.
Sektor Ekonomi
Ekonomi merupakan faktor yang penting bagi membangunkan sesebuah pentadbiran, apatah lagi untuk memperluaskan pengaruhnya ke seluruh empayar negeri-negeri Melayu. Kuasa residen termasuklah sebagai pelindung dan penaung bangsa British dan bangsa Eropah yang lain yang banyak dikaitkan dengan pengaruh perluasannya terhadap bidang perdagangan luas hingga ke seluruh Eropah. Antara pembaharuan yang dibuat oleh pihak British ke atas negeri-negeri melayu dengan mengubah system pungutan cukai. Semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri[ii], bertujuan untuk memperbaiki keadaan keawangan di negeri-negeri melayu yang mengalami masalah keawangan dan mrelangsaikan hutang piutang dan membayar gajai-gaji pegawai-pegawai termasuklan residen British. Elaun sara hidup akan dibayar juga atas nama Sultan dan bukannya oleh Kerajaan British, sebagai contohnya di Perak, matlamat utama dalam ekonomi adalah memajukan ekonomi melalui eksploitasi  sumber semulajadi negeri-negeri melayu dan mewujudkan satu pentadbiran pu ngutan cukai yang lebih teratar dan sistematik. Kewibawaan kuasa residen dilihat dalam menguruskan pencen bagi pembesar-pembesar yang kehilangan hak memungut cukai.
Negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber , boleh memajukan ekonomi berasaskan perlombongan yang mula diusahakan di negeri Perak, Selangor dan seterusnya. Sebagai contohnya penemuan bijih timah di Perak adalah di Larut, Taiping, kemunting dan sebagainya.Kaedah yang digunakan oleh pihak British adalah melalui kaedah mendulang dan kapal korek. Kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu, dapat melancarkan kerja-kerja mengusahakan perlombongan iaitu orang cina di tempatkan di kawasan kawasan mendulang, lantaran daripada peristiwa itu, msyarakat cina banyak di kawasan Bandar, ini disebabkan oleh kawasan lombong bijih timah telah berkembang maju menjadi satu kawasan Bandar yang dikenali.Perusahaan bijih timah juga diusahakan adalah berikutan revolusi perindustrian yang berlaku pada ketika itu.
Selain daripada ekonomi yang berasaskan perlombongan, ekonomi berasaskan tanaman iaitu penanaman getah. Tanaman getah yang dibawa masuk ke Negara ini untuk diusahakan oleh orang india, mereka ditempatkan ke kawasan ladang. Perusahaan getah juga di jalankan adalah bertujuan untuk kepentingan pihak British semata-mata. Getah bmendapat permintaan yang tinggi di Negara asal untuk mengusahakan sektor perindustrian lantaran daripada kenaikan harga getah yang dilihat dapat member keuntungan yang banyak serta boleh menaikkan taraf ekonominya. Penanaman kopi, dan lada hitam juga diusahakan. [iii]Kopi dari Brazil di bawa ke Tanah Melayu untuk diusahakan kerana tanaman tersebut amat sesuai dengan iklim di Tanah Melayu yang panas dan lembab sepanjang tahun. Teh juga di usahakan di lereng-lereng bukit terutamanya di kawasan larut dan Cameron Highland.  Sektor perdagangan dapat dimajukan disebabkan kebijaksanaan residen British dalam mentadbir negeri-negeri melayu. Hasil perlombongan dari perak, Selangor dan negeri Sembilan dieksport ke luar Negara melalui jalan laut, iaitu melalui Pelabuhan Klang, disebabkan revolusi perindustrian daripada negara asal. Pembalakan sebagai contohnya yang berlaku di Pahang, sistem cukai yang diadakan adalah dengan mengadakan lessen, iaitu sesiapa yang hendak memungut Hasil hutan atau hendak menebang pokok, contohnya meranti, cengal, gaharu dan sebagainya perlu mendapatkan lessen menebang pokok berkenaan. Hasil daripada bayaran lessen atau cukai yang di kenakan perlu diserahkan kepada kerajaan negeri.
Ekonomi Pahang pada amnya, dapat dilihat kuasa atau helah daripada Kerajaan British untuk memonopoli Ekonomi berasaskan perlombongan emas dan bijih timah yang banyak di negeri itu. Residen berperanan mengarahkan pembantunya untuk memantau kawasan perlombongan yang di usahakan oleh Orang Siam, Melayu dan Cina. Negeri Pahang yang luas yang kaya dengan hasil bumi menyebabkan negeri itu terpaksa berhutang untuk meneruskan ekonominya.Negeri itu disarankan supaya berhutang dengan kerajaan negeri Selangor.Residen yang berperanan mendapatkan sumbangan keawangan daripada kerajaan negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak[iv].Residen juga berperanan sebagai pemangkin kepada permulaan ekonomi berasaskan kedai runcit yang mula diperkenalkan oleh orang Cina yang datang ke negara ini untuk terlibat dalam sektor perlombongan dan menyebabkan migrasi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Faktor Sosial      
Daripada faktor sosial, dapat dilihat peranan dan tanggungjawab residen adalah dengan menghapuskan amalan hamba abdi dalam masyarakat melayu. Buktinya di Perak. Birch telah member perlindungan kepada beberapa orang hamba berhutang yang telah melarikan diri ke rumahnya. Hamba abdi dalam masyarakat melayu dapat diklasifikasikan sebagai seorang yang diberi tugas penting seperti menjaga dusun, menjadi wakil penerima barang dagangan dan menjadi pengawal peribadi.[v] Pembaharuan yang juga dilakukan adalah contohnya di negeri Pahang contohnya, yang pada ketika itu diperintah oleh J.P. Rodger. Masalah demi masalah berlanjutan, beliau dengan beberapa orang tentera Sikh tidak di senangi oleh Sultan Ahmad. pasulan polis di tubuhkan  yang terdiri daripada 50 polis Sikh dan 150 polis Melayu telah di tubuhkan di Hulu Pahang. Penubuhan pasukan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan negeri. Penubuhan pasukan ini juga bertujuan untuk menjaga kawalan ke atas negeri-negeri Melayu supaya menjadi lebih selamat, Sistem saman dan denda dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan umum yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Balai Polis juga banyak di bina iaitu. Struktur daripada pengkhususan pekerjaan mula di selaraskan dan mengikut sistem pentadbiran yang berasaskan British iaitu dengan adanya pekerjaan seperti kerani, polis,jurutera,majistret, ranjer hutan dan akauntan. Perubahan sosial masyarakat melayu juga dapat dilihat apabila sistem pendidikan barat mula diperkenalkan, penubuhan sekolah-sekolah aliran Inggeris mula dibina, sebagai contohnya sekolah Maxwell,MCKK atau Malay Colage Kuala Kangsar dan sebagainya. Sekolah ini biasanya dapat menempatkan anak-anak pembesar tempatan disebabkan oleh yuran yang dikenakan adalah tinggi yang tidak mampu dibayar oleh rakyat kebiasaan.
         Organisasi sosial juga dilihat apabila sekolah melayu juga mengutamakan pembelajaran dalam aliran bahasa inggeris. Pembelajaran di sekolah melayu yang mengajar tentang pertukangan, jahitan dan sebagainya, bertujuan untuk memahirkan mereka supaya mahir apabila diberi pekerjaan .Residen juga dilihat sebagai seorang yang berperanan mengurangkan pergaduhan dalam kalangan keluarga atau kerabat diraja, iaitu dengan perlindungan yang di berikan oleh pihak British.
Pembaharuan dalam Infrastruktur
Pembaharuan daripada Infrastruktur, adalah yang berkaitan dengan kelangsungan sistem ekonomi berasaskan pertanian, sebagai contohnya, daripada inisiatif Residen, pembinaan Landasan Kereta api dari Taiping ke Port Weld dibina pada tahun 1885 yang boleh memudahkan  hasil pertanian dan perlombongan diangkut.
ke pelabuhan dan menjimatkan masa perjalanan[vi]. Perkembangan  penubuhan sistem jaringan jalan raya yang lebih tersusun dan teratur, Contoh lain yang dapat dilihat kemajuan dalam perdagangan adalah dengan adanya pelabuhan yang dikenali iaitu pelabuhan Pulau Pinang dan pelabuhan klang yang menjadi pusat perdagagan dan membolehkan kapal-kapal berlabuh yang boleh melancarkan aktiviti eksport dan import. Pulau Pinang juga dijadikan Pangkalan tentera dan pusat untuk membekalkan makanan kepada pihak British. Pembinaan jalan raya, parit serta longkang di bina. Pembinaan balai polis yang menempatkan pekerja tempatan dan sikh, Selepas pembinaan kawasan landasan kereta api, juga dapat dilihat sistem telepon diperkenalkan di kawasan lading, bagi memudah maklumat atau maklum balas diterima dengan begitu cepat.
Kesimpulannya
         Penjajahan British ke tanah melayu dapat memperlihatkan  pengenalan kepada sistem residen di Tanah Melayu yang pertamanya di perkenalkan di Perak pada tahun 1874. Daripada peristiwa ini dapat dilihat kuasa pembesar-pembesar tempatan seperti sultan diambil alih oleh residen, kecuali perkara- perkara yang berkaitan dengan adapt istiadat melayu dan agama islam

[i] Zainal Abidin Abdul Wahid et, al. Malaysia warisan dan Perkembangan. Edisi kedua:him 121
[ii] Andaya, B.W. and Andaya, L. Y.(2001) A hIstory of Malaya (Second edition)
  Landon : Palgrave
[iii] Zainal Abidin Abdul Wahid et, al. Malaysia warisan dan Perkembangan. Edisi kedua

[iv] Zainal Abidin Abdul Wahid et, al. Malaysia warisan dan Perkembangan. Edisi kedua

[v] Andaya, B.W. and Andaya, L. Y.(2001) A hIstory of Malaya (Second edition)
  Landon : Palgrave

[vi] Andaya, B.W. and Andaya, L. Y.(2001) A hIstory of Malaya (Second edition)

PENTADBIRAN BRITISH

PENTADBIRAN BRITISH

Penguasaan Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah membawa pelbagai perubahan dalam masyarakat tempatan. Masyarakat Melayu yang pada awalnya menguasai struktur masyarakat, ekonomi dan sosio-politik tempatan telah mendapat saingan sengit daripada penjajah Inggeris. Dalam masa yang sama kehadiran pihak British telah menyebabkan beberapa pengubahsuaian telah dilakukan kepada sistem pentadbiran, undang-undang, adat dan pendidikan di Tanah Melayu.

            Dari segi aspek-aspek perubahan politik,penjajah Inggeris telah melaksanakan perubahan dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri di Tanah Melayu, terutamanya selepas pelaksanaan sistem Residen. Pada awalnya, sistem Residen telah diperkenalkan oleh British di Perak pada tahun 1874 berikutan termeterainya Perjanjian Pangkor. Sistem Residen kemudiannya diperkenalkan di Selangor pada tahun 1875, di Pahang pada tahun 1888 dan di Negeri Sembilan pada tahun 1889.

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British merupakan satu bentuk pentadbiran British yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di negeri-negeri Melayu. Mengikut sistem ini, Residen British yang dilantik menjadi penasihat kepada sultan-sultan Melayu dalam urusan pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat-adat  istiadat Melayu dan agama Islam. Kuasa melaksanakan pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan Residen British tetapi mereka bertindak atas nama sultan-sultan negeri Tanah Melayu. Ini kerana nasihat-nasihat yang diberikan oleh Residen British hendaklah diterima oleh sultan-sultan melayu kecuali yang menyentuh adat istiadat dan agama Islam. Residen British diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap pentadbiran am negeri dan segala urusan pentadbiran. Kutipan cukai dan kawalan keatas semua hasil negeri adalah dibawah kuasa Residen British. Raja-raja Melayu terpaksa patuh kepada nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada Residen-Jeneral iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat. Melalui pemerintahan secara tidak langsung ini British telah memperkenalkan perubahan secara ansur-ansur melalui institusi-institusi politik yang wujud pada masa itu.

            Satu perubahan penting yang berlaku di negeri-negeri Melayu selepas sistem Residen diperkenalkan ialah penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara penting yang melibatkan pentadbiran negeri. Pada mulanya ia ditubuhkan yang ditugaskan untuk membuat undang-undang, menjadi mahkamah rayuan yang tertinggi dan badan kerajaan  utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang melayu dan perkara-perkara mengenai pelantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Keanggotaan Majlis Mesyuarat Negeri ini terdiri daripada sultan sebagai ketua, Residen British, dua belas orang pembesar dan seorang wakil masyarakat  Cina.Residen yang menyediakan  agenda mesyuarat, melantik ahli-ahli Majlis yang diluluskan oleh Gabenor.Sultan secara rasmi mengesahkan perlantikan itu.Ini menunjukkan bahawa kedudukan dan kuasa Sultan  semakin diketepikan kerana Majlis Negeri ini yang sepatutnya membincangkan hal perundangan negeri tidak berfungsi. Akhirnya Majlis hanya berfungsi meluluskan keputusan yang sudah dibuat, bermakna Sultan sendiri tidak mempunyai suara langsung dalam Majlis ini. Bidang kuasa seorang Residen bukan lagi hanya menasihati tetapi lebih kepada memerintah dengan hak kuasa mentadbir.Kuasa Sultan dan pembesar-pembesar daerah telah beralih tangan kepada Residen yang sangat berkuasa itu.

            Struktur pentadbiran sistem Residen dipecahkan kepada empat peringkat iaitu Kampung, Mukim, Daerah dan Negeri. Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung, memainkan peranan membantu Inggeris menjalankan arahan-arahan. Beliau dibekalkan dengan kuasa kehakiman kerana Inggeris telah mewujudkan Mahkamah Ketua Kampung. Mukim, iaitu gabungan beberapa kampung ditadbir oleh penghulu yang berkuasa ke atas beberapa buah kampung.Peringkat Daerah pula ditadbir oleh Pemungut Cukai dan Majistret atau Pegawai Daerah.Pentadbiran yang paling tinggi ialah Negeri, pemerintahan dijalankan oleh Sultan dengan nasihat Residen.Pentadbiran Residensi dijalankan secara berasingan antara negeri-negeri.Meskipun sistem Residen ini dianggap sebagai sistem pemerintahan tidak langsung,tetapi sebenarnya sedikit sangat panduan yang teraturdalam melaksanakan sistem itu. Residen yang dilantik tidak mempunyai perintah dan peraturan yang jelas untuk memandu  mereka dalam melaksanakan sistem ini.Kejayaan seorang residen lebih banyak bergantung kepada personaliti dan kemampuannya dalam mengendalikan hubungan dengan pemerintah tempatan. Contohnya, kejayaan yang dicapai oleh Frank Swettenham sebagai Residen Selangor dan Hugh Low di Perak dalam mentadbirkan sebuah negeri yang dulunya kacau bilau menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur yang lebih banyak dipengaruhi oleh kemampuan dan kebolehan secara peribadi. Sebaliknya, seorang Residen yang tidak dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan adat resam tempatan akan menemui kegagalan sehingga membawa kepada kematian seperti yang terjadi kepada J.W.W Birch.

            Pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bagi membentuk satu pemerintahan pusat. Di bawah sistem pentadbiran baru ini, Sultan menerima nasihat British dalam melaksanakan pentadbiran negeri mereka kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. bu negeri NNMB terletak di Kuala Lumpur iaitu sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-neger Selat yang juga bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. NNMB bukanlah berupa satu bentuk Persekutuan tetapi sebenarnya ia lebih mirip kepada satu kesatuan politik.Ini kerana NNMB tidak memenuhi syarat-syarat pentadbiran yang berupa sebuah persekutuan. Penubuhan Persekutuan telah mencelikkan mata Sultan-sultan dan golongan intelektual Melayu. Pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu penyatuan keempat-empat negeri Melayu dalam satu gabungan jelas. Pada dasarnya kali pertama dalam sejarah,Sultan-sultan Melayu di Tanah Melayu beberapa orang Sultan bertemu sambil berbincang hal-hal politik.

Persidangan ini merupakan suatu acara rasmi tahunan yang dihadiri oleh semua sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ahli-ahli Mesyuarat Negeri, pembesar-pembesar Melayu dan pegawai-pegawai British dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi. Ia memberi peluang kepada sultan-sultan, ahli-ahli Mesyuarat Negeri dan para pembesar Melayu untuk menyuarakan pandangan mereka dengan bebas yang melibatkan kepentingan bersama. Persetujuan dicapai sebulat suara dan diserahkan kepada Majlis Mesyuarat Negeri untuk tindakan selanjutnya. Persidangan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persidangan. British menggunakan tulisan jawa dalam urusan surat-menyurat dengan Raja-raja dan pembesar, untuk memastikan raja-raja dan pembesar-pembesar memahami arahan dan tindakan yang harus dijalankan.

DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897. Persidangan ini bersejarah kerana buat pertama kalinya Raja-raja Melayu di keempat-empat negeri mengadakan pertemuan bersama. Persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Perkara penting yang bibincangkan ialah mengenai penyertaan orang Melayu dalam kerajaan dan pembangunan ekonomi persekutuan serta soal pemusatan kuasa yang berlebih-lebihan.

Desentralisasi ialah proses pengagihan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan dari peringkat kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri di NNMB. Ia bertujuan untuk meningkatkan semula kuasa sultan dan negeri yang telah merosot serta mengurangkan pemusatan kuasa ditangan Residen Jeneral NNMB. Ia dibentuk kerana penubuhan Persekutuan 1896 menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan kepada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Pada tahun 1909, ia bertujuan untuk melonggarkan kawalan yang luas dan ketat Residen Jeneral dan kerajaan pusat keatas Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dan membahagikan kuasa atau fungsi-fungsi tertentu kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ketika pemerintahan Sir Lawrence Guillermafd, dsar ini lebih bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi (Singapura) ke atas Majlis-majlis Mesyuarat Negeri. Oleh kerana terdapat teguran dan seruan rasa tidak berpuas hati dikalangan Sultan-sultan Melayu terhadap pelaksanaan Persekutuan 1896, tahun 1909. Usaha kearah desentralisasi dijalankan, tetapi kejujuran yang dipamerkan oleh Sir John Anderson diragui. Akhirnya usaha desentralisasi ini diteruskan secara berperingkat-peringkat semasa Sir Lawrence Guillermard dan Sir Cecil Clementi. Proses ini dipercepatkan pada tahun 1930-an. Namun dasar desentralisasi ini tergendala seketika apabila Jepun menyerang Tanah Melayu.

Antara aspek-aspek perubahan budaya yang dilakukan oleh Inggeris ialah penghapusan sistem perhambaan. Golongan hamba merupakan golongan yang paling rendah di dalam susun lapis masyarakat. Hamba berperanan menyumbangkan tenaga untuk menambahkan harta tuannya. Mereka juga merupakan pegawai kepada tuannya dan menjadi faktor yang melambangkan ketinggian status orang yang memilikinya. Oleh itu, apabila seseorang itu mempunyai lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosialnya sebagai seorang anggota masyarakat dan dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi tuannya. Bagi masyarakat Melayu tradisional sumber-sumber ekonomi kepada Sultan dan Pembesar. Martabat dan kedudukan sultan serta pembesar digambarkan dengan pemilikan hamba abdi.

Aspek perubahan budaya yang lain ialah penghapusan sistem kerah. Sistem kerah merupakan sistem buruh paksa yang dilakukan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat. Dalam sistem kerah, rakyat disuruh membaiki jalan, membina tembok, masjid, parit, benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Ketika perang, tenaga rakyat dikerah untuk membuat persediaan dan kelengkapan peperangan dengan perbelanjaan yang paling rendah. Rakyat yang menjalankan kerja kerah terpaksa menyara diri sendiri. Selepas kedatangan British, pembesar dilarang menggunakan tenaga manusia bagi kerja-kerja peribadi ataupun kerajaan.

Selain itu, pihak British melakukan perubahan dalam aspek budaya dari segi perlantikan Sultan. Contohnya, campurtangan British dalam perlantikan Sultan Abdullah yang tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pembesar Perak. Berdasarkan adat Melayu, Sultan Perak mestilah dipilih oleh pembesar. Sir Andrew Clarke telah melantik Raja Abdullah sebagai sultan. Perlantikan Raja Abdullah tidak disokong oleh alat-alat kebesaran Perak yang pada waktu itu berada pada Sultan Ismail. Ini kerana terdapat dua orang Sultan di Perak, Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar-pembesar Perak berserta ‘sokongan’ alat-alat kebesaran dan Sultan Abdullah yang hanya dilantik oleh British. 

            Antara aspek-aspek perubahan budaya yang dilakukan Inggeris ialah penghapusan amalan pungutan cukai oleh Sultan dan pembesar yang telah dijalankan sejak turun-temurun. Selain itu, penghapusan perhambaan, bagi masyarakat Melayu tradisional sumber-sumber tenaga hamba abdi merupakan sumber ekonomi kepada Sultan dan Pembesar. Martabat dan kedudukan Sultan serta pembesar digambarkan dengan pemilikan hamba abdi. Penghapusan sistem kerah dimana pembesar dilarang menggunakan tenaga manusia bagi kerja-kerja peribadi ataupun kerajaan. Campur    tangan British dalam perlantikan Sultan, contohnya perlantikan Sultan Abdullah yang tidak dipersetujui oleh kebanyakan pembesar Perak.

            Sebenarnya, orang Melayu banyak menentang daripada menerima setiap perubahan yang dilakukan British. Dari segi sosial, pembukaan petempatan dan kawasan yang berpotensi dalam bidang ekonomi disebabkan oleh penghijrahan masuk beramai-ramai buruh asing ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berperanan penting dalam perkembangan negeri.

            Punca orang Melayu menentang ialah kehilangan  punca pendapatan dan hak kekuasaan yang diwarisi turun-temurun. Ini berlaku di Pahang, apabila British membentuk beberapa daerah dibawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret, ini mengakibatkan kuasa para pembesar hilang kerana British melarang mereka meneruskan peranan tradisi sebagai pemungut cukai dan pentadbiran keadilan. Kebencian semakin memuncak dengan kehadiran kaum India dan Sikh kerana mereka amat jahil tentang adat istiadat Melayu.

            Penentangan wujud disebabkan kemerosotan kuasa dan kedudukan kesan daripada perubahan pentadbiran yang diperkenalkan British. Seperti di Kelantan, pembentukan jajahan dan perlantikan Ketua Jajahan sebagai pentadbiran telah mengambil  alih kuasa Engku Besar yang berkuasa sebelum ini. Beliau juga dikenakan membayar cukai. Kekasaran dan ketidakcekapan pegawai yang bertugas serta denda yang dikenakan terhadap mereka yang tidak membayar cukai pada masa yang ditetapkan menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan. Pihak British turut memarahi dengan kata-kata kesat.

            Di Sarawak, disebabkan oleh tidak puas hati dengan pembatasan kuasa yang diterima oleh Gabenor Sarikei  di Sungai Rajang iaitu Syarif Masahor. Apabila kawasan Lembah Hilir Rajang diserah kepada James Brooke dan mendirikan kubu Kanowit disepanjang Sungai Rajang. Rentap juga menentang British kerana perubahan yang dilaksanakan iaitu penghapusan perlanunan yang telah menjadi punca rezeki tradisi orang Iban dan amalan pemburuan kepala orang Iban .

            Di Sabah, Mat Salleh menentang kerana tidak berpuas hati terhadap campur tangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di kawasan beliau. Syarikat  juga bertindak dengan menyerang dan membakar perkampungan beliau.

            British memperkenalkan pelbagai bentuk perlembagaan yang mengakibatkan institusi-institusi Melayu tradisional dan golongan intelektual mendapati peranan mereka semakin kecil dalam hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.                          

            Secara kesimpulannya, perubahan politik dan budaya yang dilakukan oleh pihak Inggeris tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat Melayu terutamanya bagi golongan atasan seperti Sultan dan Pembesar.Ini kerana mereka kehilangan banyak kuasa, pentadbiran British telah memberi dimensi baru kepada sistem pentadbiran. Sungguhpun begitu, pentadbiran ini memberikan peluang kepada pembesar tempatan mengetahui selok-belok pentadbiran melalui penglibatan mereka dalam Majlis Mesyuarat Negeri

Reading

SISTEM KESIHATAN DI ERA PENJAJAHAN BRITISH

  Pendahuluan             Kedatangan pihak penjajah sememangnya telah membawa maksud perubahan dalam asepk politik, skonomi dan social d...